berita

Ingatkan Kulit Ayam, Wanita Terkejut Jumpa Plaster Luka Terpakai Dalam Kuetiau Goreng

October 11th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini. seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Hannah berkongsi pengalamannya menjumpai bendasing seperti plaster luka terpakai dalam kuetiau goreng yang dijamahnya.

Jumpa plaster dalam makanan

Menerusi ciapan yang ditulis, Hannah memberitahu hidangan tersebut dibeli melalui servis penghantaran makanan dari sebuah kedai di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Pada awalnya, dia menyangka bendasing itu adalah kulit ayam tetapi rupa-rupanya itu adalah plaster luka yang digoreng bersama kuetiau. Lebih meloyakan apabila, wanita ini mendakwa plaster tersebut seperti sudah digunakan.

Terdapat plaster luka dalam kuetiau goreng saya, saya nak menangis dan sangat geli, lebih teruk plaster tersebut telah digunakan.

Separuh jalan makan baru perasan benda itu. Saya sangkakan ia hanya kulit ayam, selepas kawan nak habiskan makanan saya, dia yang perasan itu adalah plaster terpakai.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya merasakan insiden tersebut cukup menggelikan. Ada segelintir daripada mereka turut berkongsi pengalaman yang pernah dilalui mereka apabila menjumpai bendasing seperti kuku, paku dan ulat dalam makanan yang dibeli mereka sebelum ini.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×