Insiden sebuah helikopter yang telah terhempas di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati semalam, ternyata mengejutkan ramai pihak khususnya penduduk yang tinggal berhampiran kawasan tersebut.
Artikel berkaitan: ‘Tiada Siapa Boleh Tengok Jenazah’ -Abang Mangsa Nahas Helikopter Terhempas
Terbaru, penyampai radio, Sharifah Shahirah mengakui bahawa dirinya merupakan salah seorang individu yang terkejut selepas mendengar letupan seakan bunyi bom di kawasan perumahannya di Taman Melawati, Ampang, semalam.
Menyangka kejadian tanah runtuh
Menerusi laporan Harian Metro, Sharifah Shahirah menyangka ada kejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran kediamannya. Namun dia tidak mempercayai bahawa ada sebuah helikopter telah terhempas berdekatan kediamannya.
Bunyi jatuh tu macam bom. Saya ingatkan tanah runtuh yang berlaku maklumlah perumahan di sini berada di kawasan berbukit. Lepastu ada yang update cakap helikopter terhempas. Dalam 1 kilometer ja dari rumah saya. Memang itu laluan saya. Saya tanya suami (Ijoy) sekiranya nak pergi tengok, tapi dia tak mahu. Dia pun tak suka tengok kejadian begitu
Tambahnya, biarpun jarak kejadian sangat dekat sekitar 300 hingga 400 meter, dia dan suami tidak pergi melihat secara dekat.
Takziah buat keluarga mangsa
Apapun, kami ucapkan takziah pada keluarga mangsa. Kejadian ini sangat menyayat hati dan saya simpati dengan keluarga mereka.
Ucapan takziah buat keluarga mangsa turut ditinggal oleh Sharifah Shahirah. Ujarnya lagi, insiden tersebut sangat menyayat hati terutama dalam kalangan ahli keluarga. Terdahulu, satu helikopter telah terhempas manakala satu lagi membuat pendaratan cemas di Taman Melawati, Ampang. Kejadian tersebut viral di media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Sumber: Harian Metro