berita

‘Tiada Siapa Boleh Tengok Jenazah’ -Abang Mangsa Nahas Helikopter Terhempas

November 8th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pagi tadi, viral di media sosial mengenai insiden sebuah helikopter yang telah terhempas di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati. Kejadian tersebut telah meragut nyawa dua orang mangsa iaitu Mohd Irfan Fikri dan Mohd Sabri Baharom.

Artikel berkaitan: Orang Awam Kongsi Video Detik Cemas Helikopter Terhempas Di Taman Melawati

Menerusi laporan Berita Harian, waris mangsa yang hadir di bilik jenazah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, tidak dibenarkan membuat pengecaman mayat berikutan terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Tidak dibenar melakukan proses pengecaman

Menurut abang sulung arwah Mohd Irfan iaitu Dr Mohd Izani Mohamed Rawi, mereka diminta untuk menunggu keputusan Covid-19 terlebih dahulu sebelum proses bedah siasat dapat diteruskan. Mereka sekeluarga hanya dibenarkan masuk ke bilik jenazah berkenaan namun tidak dibenar melakukan proses pengecaman.

(Arwah) dalam beg, tak bagi tengok. Tiada siapa boleh tengok jenazah lagi. Apabila dapat keputusan (COVID-19) baru boleh teruskan dengan bedah siasat atau sebagainya. Tetapi kalau positif Kementerian Kesihatan ambil (jenazah) terus. (Keputusan COVID-19) secepat-cepatnya esok. Mungkin cepat mungkin lambat. Kita tunggu mereka (pihak hospital) hubungi.

Di samping itu, Izani memberitahu bahawa isteri arwah hanya menangis dan tidak bercakap apa-apa sebaik sahaja mengetahui mengenai berita tersebut.

Hubungan adik beradik memang akrab

Sementara itu, adik bongsu arwah Mohd Irfan iaitu Izyan Hazwani Mohamed Rawi berkata hubungan adik-beradik memang akrab. Jelasnya, arwah selalu berkongsi lokasi secara langsung bila hendak memulakan penerbangan.

Kami adik-beradik memang rapat. Kalau hujung minggu kerap keluar malam sekali. Tetapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kami jarang jumpa. Pagi ini bila dapat tahu berita kejadian itu, saya semak lokasi terkini arwah melalui telefon bimbit. Saya dapati lokasi terakhir arwah memang di lokasi kejadian.

Sebelum ini, media melaporkan Mohd Irfan memiliki lesen juruterbang pelajar (SPL) dan sedang dalam melengkapkan tempoh penerbangan selama 50 jam. Mohd Irfan mengambil lesen tersebut bagi tujuan rekreasi.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×