Penantian penuh debaran kini berakhir! Bersiap sedia untuk hiburan yang tak terhingga, penuh aksi dan bakat luar biasa apabila Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) bakal menggegarkan skrin anda pada Ahad, 22 Disember, jam 9:00 malam di TV3.

Peserta CSOIAM

Pencarian bakat paling epik negara ini kembali dengan skala yang lebih besar, lebih hebat, dan lebih bertenaga yang menjanjikan perjalanan penuh kejutan, persaingan sengit, serta persembahan yang tidak akan dilupakan! 

Seramai 32 peserta dari pelbagai negeri telah dipilih dan bakal berentap demi merangkul gelaran juara Calpis Soda One In A Million (CSOIAM). Pada kali ini, peserta Sabah Negeri Dibawah Bayu mendominasi CSOIAM.

Seramai 12 daripada 32 peserta CSOIAM merupakan anak kelahiran Sabah dan peserta paling muda iaitu Dhania yang berusia 16 tahun adalah daripada negeri ini.

Peserta CSOIAM dari Sabah:

Yusriansyah, 19 tahun; BFORE3; Jonathan James (JON), 27 tahun; Rosario, 41 tahun; Dhania, 16 tahun & Eylia Guntabid, 22 tahun

Marygrace, 24 tahun; Erfarina, 27 tahun; Esther, 37 tahun; Alya Mardien, 18 tahun; Sharleelopes, 24 tahun & Jill Gaisah, 24 tahun

Peserta CSOIAM dari Selangor & Kuala Lumpur

Fariq Iqwan, 23 tahun; Shafreeza, 31 tahun; Boisover; Trio XL; Rezza Shah, 22 tahun; Alina Hassan, 57 tahun; Yadzir Muadz, 26 tahun; Zazzleen, 38 tahun & Dayangku Iffah, 24 tahun

Peserta CSOIAM dari Johor

Nor Akmal, 24 tahun; The Adden (25 & 33 tahun); Hafiz Zainal, 32 tahun & Mariam, 27 tahun

Peserta CSOIAM dari Perak

Kai Deva, 23 tahun; Aniq Iffat, 18 tahun & Muhd Nazzim Ariffin, 25 tahun

Peserta CSOIAM dari Penang

Jimi, 22 tahun & Tan Yon Kwang (Marcus), 31 tahun

Peserta CSOIAM dari Negeri Sembilan

Iqmal Romi, 19 tahun

Peserta CSOIAM dari Sarawak

Carries Geres (Kiki), 30 tahun