berita

Ini 5 Cara Elak Jadi Keyboard Warrior Di Laman Sosial, No 3 Paling Penting!

March 21st, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tidak dinafikan, media sosial merupakan satu medium untuk berhubung dengan rakan dan saudara di serata dunia. Dengan media sosial jugalah, kita dapat pelbagai maklumat dan perkembangan semasa dengan pantas.

Namun, ada segelintir yang menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan ‘aura negatif’. Ada sahaja kecaman dan sindiran keyboard warrior yang membuatkan kita pening kepala! Jadi, disini kami nak bagi 5 cara untuk korang kekal positif.

Jaga sensitiviti kaum & agama

Jika terbaca isu berkenaan kaum dan agama, kita hendaklah berfikir dahulu sebelum komen. Jangan sesekali menyentuh perkara sensitif yang boleh menjatuhkan seseorang. Yang paling penting, jangan jadi batu api dan menambah minyak kepada isu yang tengah panas. Be neutral okay!

Tak pasti jangan kongsi

Kalau korang tengok, bermacam-macam kes yang diviralkan di media sosial. Ada yang sahih dan ada juga palsu. Jadi, korang kenalah check dahulu kesahihan sebelum sebarkan sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan air muka seseorang. Ingat, tak pasti jangan kongsi!

Elakkan jadi makcik/pakcik bawang

Dalam tidak sedar, kita sebenarnya sudah mengamalkan cyberbully apabila sering meninggalkan komen negatif. Mangsa cyberbully ini kebiasaannya akan tertekan sehingga malu untuk berjumpa orang ramai. Tambah parah apabila mereka hilang keyakinan diri dan hilang fokus. Jadi, jangan terlalu cepat menghukum dan cuba berfikiran positif. Jangan busybody!

Upload status bermanfaat

Gunakan akaun media sosial korang untuk sebarkan perkara-perkara positif sahaja. Sebagai contoh, muatnaik perkongsian ilmu bertujuan untuk mendidik followers menjadi lebih baik. Jauhi gosip-gosip remeh!

Jangan follow orang negatif

Untuk mengelakkan aura negatif dalam diri, korang hendaklah mengikuti perkembangan orang-orang berjaya dan bermotivasi. Jangan follow mereka yang terlalu obses dengan sesuatu perkara sebagai contoh politik, agama dan gosip artis tempatan. Tak pasal-pasal korang yang sakit hati!

Jelajah #PositifSelalu DFKL 2019

Nak mantapkan lagi aura positif korang? Jom ramai-ramai ke Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 yang mengetengahkan tema ‘Positif Selalu’. Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan dalam memberi semangat positif dalam kalangan peserta yang datang menyertai aktiviti di sana.

Jom serlahkan bakat korang

Bagi korang yang mahu serlahkan bakat dalam lakonan, apa kata sertai bengkel DFKL 2019 yang akan berlangsung bermula 22, 23, dan 24 Mac 2019 bersama dengan beberapa orang tenaga pengajar termasuk Erma Fatima, Shahrulezad dan Datuk Rosyam Nor.

Manakala jika korang mahukan drama dan artis kesayangan korang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah DFKL, korang boleh lengkapkan undian di laman web rasmi DFKL. Hanya 10 kali undian sahaja yang boleh dibuat setiap hari.

Layari www.dfkl.com.my untuk maklumat lanjut berhubung acara yang terdapat di DFKL 2019.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×