berita

Ini 5 Tips Ketika Sahur Yang Boleh Buat Korang Kekal Fokus Dan Bertenaga Sehingga Berbuka!

May 7th, 2019 | by Bieha
Sponsored Post

Bila berpuasa ni, baru tengahari  dah mula lemau, lembik dan lesu. Jalan pun dah seret kaki. Nak kata tak sahur, masa sahur tu siap bertambah nasi lagi. Tapi kenapa tak bertenaga sangat ni.

Bila tak bertenaga, fokus pun mulalah lari. Nak buat kerja pun jadi malas dan tertangguh. Haihh..kan tak bagus tu.

Haa..meh kitorang nak share tips ringkas ketika sahur yang boleh membantu korang kekal fokus sepanjang berpuasa!

Keenakan buah kurma dari timur tengah..

Image result for jus kurma gif

Haa..familiar tak dengan iklan kurma ni? Hahaha..tapi bukan tu yang admin nak cerita. Korang tahu tak, buah kurma ni elok diambil semasa sahur tau! Kurma ni bukan je tinggi dengan kalsium dan mineral, tapi juga  dapat meningkatkan tenaga. No wonder lah kurma ni digelar sebagai superfood!

Cuba korang amalkan jus kurma susu ni. Senang je, rendamkan kurma semalaman, campurkan susu dan blend sampai jadi jus. Serius sedap dan akan dapat mengatasi rasa letih untuk kekal fokus sepanjang hari! Minum masa sahur dengan berbuka je tau. Jangan minum masa azan Asar pulak!

Makanan berminyak? No..no..no!

Image result for makanan berminyak

Selalunya, makanan untuk sahur adalah lebihan makanan berbuka puasa yang tak habis semalam. Yelah, kadang-kadang bila dah terlajak bangun lambat tu, makan apa yang ada jelah.

Tapi seelok-eloknya, korang kena elakkan makanan yang terlalu berminyak tau, sebab ia akan buat korang cepat terasa dahaga. Dahlah cuaca panas sekarang, ada pulak yang terbukak puasa masa azan Zohor. LOL!

Jangan tidur lepas Subuh!

Lepas je sahur terus terjun tiruk atas katil dan sambung membuta. Lepas tu mengadu lemau bila berpuasa. Yelah, makanan tak sempat lagi nak proses jadi tenaga, kau dah tidur Senah oi..Macam manalah nak ada tenaga sepanjang berpuasa.

Kan bagus kalau lepas Sahur tu korang terus exercise ke, kemas rumah ke ataupun mengaji. Barulah sempat produce tenaga dan bermanfaat sikit!

Sahur makan mee segera? No!

Bangun sahur awal dah elok dah, tapi korang makan pulak makanan yang tak berkhasiat macam mee segera dan makanan proses. Kan tak berkhasiat tu. Lepas tu, mulalah baru tengah hari, dah berguling-guling lapar macam budak 5 tahun.

Sepatutnya, bila dah bangun awal dan ada banyak masa nak sediakan sahur tu, pastikan makanan tu semua berkhasiat dan lengkap dengan nutrisi. Kalau ada lebihan lauk semalam pun takpe, tapi korang tambahlah sikit sayur-sayuran sihat. Barulah berbaloi bangun awal. Pahala sahur pun dapat, khasiat pun dapat.

Cuba bangun sahur awal!

Masa kecik memang jarang sangat tak bangun sahur. Yelah, mak abah kita mesti akan kejut sampai bangun. Kalau tak nanti, mulalah tak larat nak pergi sekolah lepastu buat alasan nak bukak puasa awal. Haa..bila dah duduk jauh dari mak abah pulak, cukup liat nak bangun sahur.

Apa kata, korang paksa diri korang untuk bangun sahur awal. Yelah, bila dah bangun awal tu, barulah ada banyak masa nak prepare sahur. Takdelah sahur minum air je. Barulah tak lesu dan boleh kekal fokus buat kerja bila perut tak berbunyi.

Fahamlah, bila tak biasa bangun awal, badan kita pun macam tak bersedia, lepas tu kita pun macam moody je sebab tidur yang lena diulik mimpi semalam kena kacau! Sebab tulah, korang kena latih diri untuk bangun awal secara konsisten supaya lama-lama, badan dah terbiasa. Tak payah pakai alarm dah!

Sahur lebih lengkap dan bertenaga dengan Berocca!

Korang tahu tak, selain bersahur, korang jugak boleh dapatkan tenaga tambahan dengan Berocca! Bila berpuasa, tak bermakna kita perlu mengehadkan segala aktiviti harian kita. Bekerja, mesyuarat, bersukan, semuanya masih boleh diteruskan dengan bantuan Berocca! 

Berocca datang dalam dua perisa iaitu oren dan mangga. Yang paling penting, Berocca juga mampu meningkatkan stamina fizikal dan membantu mengurangkan keletihan serta menambah mood korang sepanjang hari!

Jom jadikan Berocca sebagai sahabat sahur korang!