berita

‘Ini Adalah Kelahiran Semula Ainul’ – Doktor Pakar Kongsi Laporan Pembedahan Kanser Mulut

June 11th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Umum sedia maklum, adik Ainul Mardhiah ditemani ibu bapanya telah ke London bagi menjalani pembedahan penyakit ‘Germ Cell Tumour’. Menurut laporan BH Online, bayi berkenaan selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulutnya.

Bagaimanapun, ketumbuhan itu berjaya dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Prof David Dunaway, Ketua Unit Craniofacial di hospital berkenaan.

Pembedahan sangat lancar

Dr Julian Ong merupakan antara empat petugas perubatan yang mengendalikan pembedahan itu memaklumkan misi membuang ketumbuhan pada mulut bayi terbabit berjalan lancar. Pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 5 jam.

Pembedahan sangat lancar, malah lebih baik daripada yang dijangka. Ketumbuhan pada mulut Ainul berjaya dibuang mengikut perancangan.

Ketika pembedahan tidak banyak berlaku pendarahan. Syukur, Ainul berada dalam keadaan baik dan stabil sepanjang proses pembedahan dilakukan. Ketumbuhan pada mulutnya sangat besar.

Tidak banyak berlaku pendarahan

Tambahnya, berdasarkan maklumat awal pakar perubatan menjelaskan sampel ‘biopsi’ terhadap tumor pada mulut bayi itu terdiri daripada komponen sel kanser dan bukan kanser. Kini, adik Ainul perlu dijaga rapi oleh petugas perubatan supaya luka dari pembedahan kembali pulih.

Sekarang, kita perlu pastikan Ainul selesa dalam jagaan rapi, biarkan dia rehat dan lukanya sembuh, kemudian kita akan teliti semula perkembangannya untuk tempoh beberapa minggu akan datang bagi mengesahkan sel kanser mulutnya tidak berulang.

Ainul juga akan diberi ubat tahan sakit dalam jumlah yang bersesuaian bagi membantu melegakannya daripada operasi pembedahan.

Dia sangat cantik

Sementara itu, ayah kepada bayi ini, Ahmad Saifuddin meluahkan rasa syukur dan sepastinya teruja dapat melihat anak kesayangannya kembali sihat seperti kanak-kanak lain.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami diberikan peluang sekali lagi untuk menjadi ibu dan bapa kepada Ainul. Kami sangat teruja untuk menjaga Ainul dan bermain dengannya seperti kehidupan dijalani kanak-kanak lain.

Apabila pertama kali melihat Ainul selepas pembedahan tanpa ketumbuhan di mulutnya, dia sangat cantik, macam masa mula-mula dilahirkan. Ini adalah kelahiran semula Ainul.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×