berita

‘Ini Adalah Permulaan Untuk Mencintai Diri Sendiri’ – Amelia Christie

March 5th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

 

Sehingga ke hari ini, gosip percintaan melibatkan pelakon Sharnaaz Ahmad bersama pelakon wanita jelita iaitu Amelia Christie masih lagi menjadi tanda tanya dan menjadi buah mulut dalam kalangan netizen.

Artikel Berkaitan: ‘Aku Rasa Ampa Salah Faham Ni’ – Sharnaaz Ahmad

Beri bayangan bergerak solo?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ACL ? (@ameliachristie___)

Terbaharu, Amelia seakan memberikan bayangan bahawa dirinya akan memulakan kehidupan yang baharu secara solo.

Ini adalah permulaan bagiku untuk mencintai diri sendiri, selamat pulang.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Amelia memuat naik beberapa gambar dirinya yang sedang menenangkan diri di tepi pantai sebuah pusat peranginan.

Hantaran tersebut juga seakan mahu menjawab desas desus mengenai percintaannya dengan Sharnaaz yan dikatakan terputus di tengah jalan.

Sekadar info, hubungan Amelia dan Sharnaaz dikatakan bagai ‘telur di hujung tanduk’ selepas mereka berdua didapati sudah saling berhenti mengikuti (unfollow) di akaun media sosial.

Walau bagaimanapun, Sharnaaz enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya dengan Amelia kerana berpendapat keutamaannya pada masa ini adalah Jebat Jayden yang bakal memasuki alam persekolahan.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Noor Nabila pada Mac 2017, namun bercerai pada bulan Julai 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 6.

SKIP THIS AD ×