Raut wajah pengarah sensasi, Syamsul Yusof kelihatan sangat tenang ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan kita-kira jam 9.50 pagi bagi proses lafaz cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.
Artikel berkaitan: ‘Syamsul Jangan Bengkak Hati Jika Puteri Sarah Bertemu Pengganti’ – Yusof Haslam
Artikel berkaitan: ‘Khas Buat Puteri Sarah, Inilah Jalan Kehidupan Yang Kita Pilih’ – Patimah Ismail
Artikel berkaitan: ‘Puteri Sarah Tetap Menjadi Menantu Kesayangan’ – Yusof Haslam Reda
Syamsul tenang
Ketika ditanya mengenai prosiding hari ini, Syamsul memilih untuk tidak mengulas lanjut.
Alhamdulillah saya sihat hari ini. Saya nak pergi baca ikrar.
Kita tunggu kejap lagi bagaimana.
Bagaimanapun, pengarah berusia 39 tahun itu enggan memberitahu lanjut mengenai ikrar tersebut.
No komen!
Malah, ayah kepada dua cahaya itu sempat bertanya kepada pihak media mengenai cuti hari aidilifitri tidak lama lagi.
Pakai baju 3 tahun lepas.
Sementara itu, Syamsul sempat menjawab ketika diajukan mengenai penampilan yang digayakan memandangkan Puteri Sarah tampil mengenakan busana serba putih yang baharu.
Ini baju saya tiga tahun lepas.
Lebih 30 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi untuk membuat liputan.
Terdahulu, 10 April lalu, Syamsul bersetuju melafazkan talak terhadap Puteri Sarah Liyana. Perkara itu disahkan oleh peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir selepas prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pada 24 Mac lalu, media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan Puteri Sarah melalui proses JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) menemui jalan buntu.
Puteri Sarah mendakwa usaha berdamai dengan Syamsul tidak akan berlaku, sebaliknya, nekad dengan keputusan bercerai. Malah, Puteri Sarah enggan bersemuka dengan Syamsul, sebaliknya, meminta proses JKP dilakukan dalam bilik yang berasingan.
Syamsul pula kecewa apabila harapan bertentang mata dengan Puteri Sarah melalui proses JKP tidak kesampaian.
Mewakili sepupunya, Muhammad Nazri, Syamsul bagaimanapun menghormati proses dikendalikan hampir dua jam walaupun dibuat secara berasingan hingga menyukarkannya mencari jalan perdamaian.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Proses JKP membabitkan anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan perceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Puteri Sarah dilaporkan memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu gagal menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.
Video
@ohbulanofficial Replying to @fnz? Semoga segala urusan dipermudahkan Sol ??#ohbulan #fyp #SyamsulYusof