Umum mengetahui ibu mentua kepada pelakon Puteri Sarah, Datin Patimah Ismail sentiasa menjadi individu yang tidak pernah putus memberi sokongan kepada menantunya itu.
Sejak rumah tangga Sarah dan suami yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof mula dilanda masalah, Patimah sentiasa memberikan kata-kata semangat buat ibu kepada dua cahaya mata itu.
Artikel berkaitan: ‘Dosa Kamu Hancurkan Sebuah Masjid & Buatkan Air Mata Seorang Ibu Mengalir’ – Patimah Ismail
Artikel berkaitan: ‘Puteri Sarah Tetap Menjadi Menantu Kesayangan’ – Yusof Haslam Reda
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Mungkin Doa Ibu Bapa’ – Syamsul Yusof
Coretan khas buat Puteri Sarah
Terbaharu, Patimah menerusi kemaskini di Instagram Stories (IG Story) berkongsi satu video khas buat menantu kesayangannya itu.
Pada video berkenaan, dapat dilihat beberapa petikan kata-kata (quotes) mengenai ujian dan takdir Tuhan yang diturunkan kepada manusia.
Khas untuk Puteri Sarah Liyana….
Kita hanya mampu berencana (merancang), namun takdir Allah adalah segalanya.
Inilah jalan kehidupan yang harus kita jalani. Walau pahit dan manis silih berganti, jadikan sabar dan ikhlas sebagai penguat hati. Insya-Allah, kebahagian akan datang menanti
Imbas kembali, ini bukan kali pertama isteri kepada pengarah dan penerbit popular, Datuk Yusof Haslam itu berbuat demikian, apabila sebelum ini Patimah pernah berkongsi quotes yang ditujukan kepada Puteri Sarah.
Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bakal berakhir apabila pengarah sensasi bersetuju untuk menceraikan isteri pertamanya pada 18 April depan.
Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 18 April ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh itu, selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.
Terdahulu, media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), di sini, pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Instagram Patimah Ismail