Hati ibu mana tidak cemas tatkala bayi yang baru dilahirkan tertukar akibat kecuaian kakitangan pihak hospital. Segala kasih sayang dan belaian telah diberikan kepada anak itu, ternyata anak pasangan lain. Ini apa yang telah berlaku pada pengasas kosmetik yang dikenali sebagai Siti Jamumall.
Artikel berkaitan: Viral Kisah Bayi ‘Tertukar’, Wanita Gembira Anak Pulang Ke Pangkuan Tapi Sedih Lepaskan Bayi Susuan
Proses menyerahkan anak yang tertukar itu telah dilakukan semalam dengan penuh emosi apabila kedua-dua pasangan ini bertemu.
Proses pertukaran penuh sebak
Siti Jamumall menerusi laporan Buletin Utama TV3 menceritakan detik cemas apabila mengetahui bahawa bayi yang dijaganya itu adalah bukan anaknya sendiri. Difahamkan, ketika itu suami kepada Siti Jamumall ketika itu ingin memotong tanda nama yang terdapat di kaki bayi menyedari bayi tersebut adalah bukan dari isterinya.
Susulan itu, mereka menghubungi pihak hospital dan segera membawa bayi ke hospital berkenaan. Mereka turut dimaklumkan wanita berkenaan dan bayinya sedang berada di hospital tersebut.
Tidak dinafikan, proses menyerahkan anak masing-masing berlangsung dalam keadaan penuh emosi kerana mereka telah menyayangi anak itu seperti anak sendiri.
Bila saya dapat anak, saya cakap, Ya Allah sebiji muka sama kedua-duanya. Saya terus peluk, saya terus cium. Saya sedar ini bukan drama, ini the real things yang happened dalam diri saya. Saya cakap, Ya Allah kalau Kau tak jentik suami saya untuk tengok tanda nama tu, sampai bila-bila aku tak akan jumpa anak aku.
Laporan penuh
Sumber: Buletin TV 3