berita

‘Ini Bukan Pakai Baju Tapi Balut Badan’ – Netizen

March 24th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Usahawan dan juga kekasih hati pelawak Shuib, Watie Hanifiah sekali lagi mencuri perhatian warganet di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Ketat Sangat Baju Nampak…., Kalau Longgarkan Sikit Cantik’ – Netizen

Manja orangnya

Terbaru, di TikTok, Watie dilihat mengenakan busana labuh berwarna merah yang jarang namun mengenakan ‘inner’ berwarna hitam.

Bagaimanapun, ‘dress’ itu menjadi bualan hangat kerana kelihatan sangat ketat di tubuh badan Watie.

Menerusi rakaman itu, Watie sedang menyelesaikan tuntutan kerja untuk satu produk makanan yang agak popular.

Risau dia jatuh

Menjengah di ruangan komen, rata-rata menasihati untuk mengenakan pakaian yang longgar serta tidak mencolok mata. Netizen juga berasa risau kerana Watie nampak agak tidak selesa untuk bergerak.

Ada juga segelintir yang mendakwa bahagian ketiak Watie hingga ke bahagian lengan terdedah.

Selain itu, netizen juga mendoakan agar pemilik nama Shahmira Muhammad dapat membimbing Watie menjadi muslimah yang lebih baik.

Difahamkan, ini bukan kali pertama Watie ditegur mengenai bab pemakaian.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×