berita

‘Ketat Sangat Baju Nampak…., Kalau Longgarkan Sikit Cantik’ – Netizen

March 14th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nama usahawan, Watie Hanifiah sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila penampilannya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Kantoi! Netizen Nampak Shuib & Watie Syok Dating…’Sweetnya!’

Artikel berkaitan: ‘Lelaki Mana Boleh Tahan Lama-Lama Kesian Dia’ – Zarina Zainuddin Sokong Shuib Kahwin Lagi

Didakwa mencolok mata

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Watie dilihat memakai gaun labuh berwarna nude sambil melakukan ‘catwalk’ dan mempromosikan produk kecantikan.

Bagaimanapun, tindakannya itu menimbulkan pelbagai reaksi negatif termasuklah ada yang tampil menegur cara pemakaiannya yang didakwa mencolok mata.

Walaupun ini bukanlah kali pertama penampilannya itu dikecam, Watie bagaimanapun dilihat lebih selesa berdiam diri dan tidak mengendahkan pendapat orang di luar sana mengenai cara dan gaya pemakaiannya.

Sumber: Watie Hanifiah

SKIP THIS AD ×