berita

Ini Cara Korang Berpeluang Menang 3 Ganjaran Best Bila Undi Finalis ABPBH 32. Senang Je Wei!

September 10th, 2019 | by Hanis Aliaa
Shout Out!

Kehangatan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 makin terasa. Maklumlah, proses undian dah pun bermula sejak 15 Julai lalu. Ada 13 kategori utama yang dipertandingkan dan artis-artis yang tercalon pun semuanya hebat belaka. Antaranya Mira Filzah, Syafiq Kyle, Alif Satar, BTS pun ada wei!

Haa..Yang best untuk ABPBH kali ni, korang boleh gandakan undian untuk bintang kegemaran korang. Siap dapat hadiah lagi. Uishh!! Macam mana tu?

Gandakan undian artis kegemaran korang dengan DuitNow!

Kalau korang tak familir, DuitNow sama je macam online banking. Boleh transfer dan terima duit macam biasa tapi korang tak perlu nombor akaun pun. Guna nombor telefon tak pun nombor kad pengenalan je!

Paling best, korang boleh dapat undian berganda dengan DuitNow. Banyak tu! Caranya korang kena langgan BH Digital dengan harga 10 sen je untuk langganan 1 hari. Automatik korang dapat 30 undian. Promosi 10 sen ni special sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia je tau!

Macam mana nak undi dengan DuitNow? 

Korang ikut je langkah kat bawah ni. Tak susah pun!

LANGKAH 1: Dapatkan DuitNow ID bintang pilihan (nombor telefon) di laman web ABPBH.

LANGKAH 2: Log masuk ke Perbankan Internet korang & pilih DuitNow di menu “Funds Transfer”.

LANGKAH 3: Masukkan,

  • DuitNow ID bintang pilihan korang. Contoh: 0123456789
  • Amaun pakej langganan BH Digital iaitu RM0.10
  • Nombor telefon korang di ruangan “Recipient Reference”.

LANGKAH 4: Aktifkan langganan BH Digital korang di laman web ABPBH, di menu “Pengaktifan”.

Undian korang akan terus dikira bila korang dah buat transaksi langganan BH Digital melalui DuitNow. Jangan risau okayDuitNow dijamin mudah dan selamat.

Ganjaran best bila korang undi dengan DuitNow.

Yang ni paling onz. Korang berpeluang untuk menang hadiah tau. DuitNow ada 3 ganjaran untuk korang yang melanggan BH Digital  dan mengundi dengan DuitNow. Apa ganjarannya wei?

Ada 100 tiket eksklusif ABPBH 32 menanti korang. 50 pemenang bertuah bakal hadir ke malam kemuncak ABPBH 32 pada 22 September 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 2 pemenang akan dipilih dan diumumkan di Facebook rasmi ABPBH setiap minggu.

Selain itu, korang jugak berpeluang makan-makan dengan pemenang kategori anugerah DuitNow iaitu Penyanyi Lelaki Popular DuitNow dan Penyanyi Wanita Popular DuitNow. Haa.. Korang mungkin salah seorang daripada 20 peminat terpilih.

Yang ni paling admin suka. Ada 2 tiket percutian ke Korea untuk korang menangi. Hanya buat transaksi dengan DuitNow takpun undi artis pilihan korang dengan DuitNow. Silap-silap korang boleh dapat salah satu ganjaran ni.

Tak boleh jadi ni, kena undi sekarang jugak!

Jangan nak berangan pergi Korea kalau korang tak undi. Baik undi sekarang dan korang mungkin yang bertuah untuk menang salah satu ganjaran yang DuitNow nak bagi tu. Cepat tau! Undian ABPBH 32 akan berakhir pada 15 September 2019.

Korang boleh usha laman web DuitNow dan laman web ABPBH untuk info lanjut. DuitNow je Cik Yob!

https://www.facebook.com/bhonline/videos/394475761208725?sfns=mo

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×