Video seorang wartawan TV3, Ishak Abdillah Ngah ketika membuat liputan perkembangan banjir di Terengganu telah mendapat perhatian netizen. Gelagatnya terkejut melihat sesuatu tidak dijangka itu telah mengundang tawa buat sesiapa saja yang menonton.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Allahuakbar Abang Aziz Jatuh Bot!’ – Gelagat Wartawan TV3 Terkejut Undang Tawa Netizen
Sejak itu, ramai yang memparodikan aksi mencuit hati wartawan TV3 ini dan ada juga foto disunting lucu. Tetapi, sebuah foto ini kelihatan keterlaluan dan telah mengundang kemarahan wartawan Ishak Abdillah.
Kompilasi Abang Aziz jatuh bot
Semua ingin melapurkan kejadian peristiwa Abang Aziz Jatuh Bot dan menjadi ikutan dalam pelbagai situasi #AbangAzihJatuhBok #abangazizjatuhbok Terpanggil untuk nyatakan hasrat dan menunggu kemunculan siapa Abang Aziz sebenarnya? Dimana Abang Aziz? @ShaqBella @BuletinTV3 pic.twitter.com/lP9xkgVqpQ
— Bazria (@BBazria) December 24, 2018
Gelagat mencuit hati dari video liputan wartawan Ishak Abdillah Ngah telah trending dan menjadi ikutan netizen untuk meniru gelagat tersebut. Ini merupakan antara kompilasi video dengan tanda pagar #AbangAzihJatuhBok yang telah dimuatnaik netizen di media sosial.
Ini sebenarnya Abang Aziz
nilah Abg Aziz!!! Ramai yang tanya Abang Aziz ok ke dok? Abang aziz ok!!! Abamg aziz kirim salam sayang pada semua #abangazizjatuhbok pic.twitter.com/TSu2wUCrCE
— ShaqBella (@ShaqBella) December 23, 2018
Pasti ada tertanya-tanya, siapa Abang Aziz sebenarnya, bukan? Inilah juru kamera TV3, Abang Aziz yang telah jatuh dari bot ketika membuat liputan banjir di Terengganu tempoh hari.
Antara foto diedit dan jadi ikutan
— Eizzah (@jahforshort) December 23, 2018
hahahahhahaha nakal korang ni
— ShaqBella (@ShaqBella) December 23, 2018
Sembang jom bang @ShaqBella pic.twitter.com/zmHJGigF4F
— Haniff Hamzah (@Haniff_hamzah) December 24, 2018
Tak ada akal ke nak bergurau?!
Saya rasa ini dah MELAMPAU!!! Takde akal ke apa nak bergurau camni. pic.twitter.com/wl0ngx7pOt
— ShaqBella (@ShaqBella) December 24, 2018
Walaubagaimanapun, Ishak Abdillah Ngah menerusi laman Twitter mengundang rasa marah apabila menyaksikan foto yang diedit ini sudah keterlaluan. Besertakan dengan kapsyen “Allahuakbar, abang azih jatuh titian sirat“.
Wartawan TV3 ini telah mengambil keputusan untuk membuat laporan kerana gambar tersebut kelihatan sangat melampau apabila melibatkan soal agama.
Ini dah melampau!!!
Wartawan, Mohd Ishak Abdillah Ngah tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.#AbangAzizJatuhBok pic.twitter.com/PKmQFzO3XA
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) December 24, 2018
Sumber: ShaqBella