berita

[VIDEO] ‘Allahuakbar Abang Aziz Jatuh Bot!’ – Gelagat Wartawan TV3 Terkejut Undang Tawa Netizen

December 13th, 2018 | by faris
Kini Trending

Seperti kebiasaannya setiap tahun, hujung tahun menjadi mimpi ngeri buat penduduk di Pantai Timur kerana berhadapan risiko musim tengkujuh sekaligus berhadapan banjir.

Seorang wartawan TV3 yang membuat liputan perkembangan banjir di Terengganu mendapat perhatian netizen bukan kerana laporannya namun gelagatnya yang terkejut melihat sesuatu yang tidak dijangka.

‘Allahuakbar Abang Aziz!’

Video yang dikongsikan di Facebook Buletin TV3 itu hanya berdurasi 33 saat namun berjaya menghiburkan netizen dengan kejadian jurukamera yang tiba-tiba terjatuh dari bot.

Rakaman video insiden itu disertai kapsyen ‘Inilah pengorbanan seorang pengamal media demi melaporkan berita untuk negara. Seorang jurukamera TV3, Abd Aziz Abdullah terjatuh dari bot ketika membuat tinjauan banjir di Kampung Merbau Menyusut di Setiu, Terengganu.’

Insiden itu dirakam wartawan yang merakam keadaan persekitaran banjir di Kampung Merbau Menyusut, namun tiba-tiba bot dinaiki jurukamera terbalik. Perakam nyata terkejut dan bertakbir setelah menyedari kejadian itu.

Sumber: Buletin Utama

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×