berita

Ini Garis Panduan Solat Berjemaah Di Masjid Terpilih Zon Hijau Sepanjang PKPB

May 15th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengeluarkan garis panduan bagi pelaksanaan solat jumaat, solat berjemaah, solat tarawih dan solat sunat Aidilfitri di masjid yang dibenarkan di zon hijau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menerusi infografik tersebut, jemaah yang tidak dibenarkan hadir adalah warga emas yang berumur 70 tahun ke atas, kanak-kanak di bawah 15 tahun, jemaah yang mempunyai gejala sesak nafas, demam dan sakit tekak serta jemaah yang mempunyai masalah kesihatan.

Bilangan jemaah adalah terhad

Bilangan jemaah yang dibenarkan solat di masjid juga terhad kepada 3 sehingga 30 orang sahaja terdiri daripada pegawai, kakitangan dan anak kariah yang berdaftar. Jemaah juga haruslah mengambil langkah keselamatan lain seperti memakai penutup muka dan hand sanitizer.

Panduan sebelum, semasa dan selepas solat

Garis panduan yang ditunjukkan ini berkuatkuasa pada 15 Mei bagi masjid, surau Jumaat dan surau-surau terpilih di zon hijau bagi pelaksaan solat berjemaah. Kebenaran ini boleh ditarik balik sekiranya arahan dan panduan tidak dipatuhi.

Sumber : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×