berita

Ini List Tempat Best Kat Australia Yang Korang Confirm Menyesal Kalau Tak Pergi!

October 2nd, 2018 | by Epul
Kini Trending

Kredit Tourism Australia

Bercakap mengenai Australia apa yang korang bayangkan? Pasir putih di pantai, koala, kanggaru atau wombat? Hmm.. Cliche sangat.

Korang tau tak sebenarnya Australia ni ada banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh explore tau. Daripada keindahan alam, kepelbagaian spesis haiwan atau itinerary perlancongan yang mencabar dan menerujakan. Korang cakap je, Australia ada semua tu yang korang boleh discover tau!

Ni kami senaraikan beberapa tempat kat Autralia yang kalau korang tak pernah pergi memang rugi punya. Jom UnDiscover Australia!

Star gazing dengan pemandangan yang memukau di Kakadu

Kredit Kakadu Tourism

Kredit Kakadu Tourism

Kalau korang sukakan mother nature yang menenangkan dan jauh daripada kesibukan bandar, korang kena pergi ke Taman Negara Kakadu, Northern Territory. Apa yang menariknya korang boleh menikmati keindahan bintang-bintang yang bergemerlapan dengan mata kasar.

Korang juga boleh cuba aktiviti glamping tau kat sini sambil mendengar kisah daripada masyarakat orang asli tentang lagenda langit yang menjadi kepercayaan nenek moyang  mereka. Tapi kalau korang nak pergi sini korang kena pastikan korang pergi pada waktu yang sesuai kerana pada bulan November hingga bulan April adalah musim hujan.

Merasai pengalaman baru melihat paus secara dekat

Kredit Tourism Australia

Haaa.. Ni memang pengalaman once in the life time. Selalunya korang dengar pengalaman melihat ikan lumba-lumba melompat di permukaan air kan? Kali ni korang kena cuba tengok ikan paus muncul di permukaan air di antara bulan Mei hingga November dengan menaiki safety boat.

Korang boleh tengok ikan paus ni muncul di sepanjang pantai timur dan barat Australia. Ini pasti menjadi pengalaman yang mengujakan untuk korang. Selain itu, kalau korang memang pencinta hidupan air, korang boleh kena cuba aktivti berenang bersama anjing laut dan kalau nak ekstrim sikit korang boleh try menyelam dengan buaya. Haa. Berani tak?

Menikmati keindahan lavender di Tasmania

Kredit Ross Garden Tours

Kredit Pinterest

Siapa tak suka tengok bunga-bunga yang cantik kan? Selalunya kita biasa tengok permandangan bunga ros atau tulip. Tapi di Tasmania, Australia korang boleh menikmati keindahan bunga lavender tau. Kalau korang suka ambil gambar pemandangan, Tasmania ni merupakan tempat yang korang kena pergi.

Korang boleh menikmati keindahan lavender ni semasa musim panas pada bulan December hingga Februari. Korang bukan je boleh tangkap gambar, korang juga boleh jumpa pelbagai inovasi daripada lavender ni seperti wangian, krim tangan, teh dan paling menarik ialah ais krim berperisa lavender!

Cipta kenangan baru dengan road trip sepanjang The Great Beach Drive

Kredit Matthew Kane

Korang tau tak 80% masyarakat Malaysia beranggapan untuk melancong di Australia lebih mudah dengan menggunakan pemandu pelancong. Hmm.. Tapi korang tau tak sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik yang korang boleh pergi hanya dengan memandu pacuan empat roda sahaja.

Kalau korang ke Queensland, Australia, apa kata korang cuba sewa kereta pacuan empat roda dan memandu di sepanjang The Great Beach Drive sejauh 200 km. Korang pasti tak dapat lupakan pemandangan pantai yang indah dan memandu di kawasan gigi air.  Lagi satu, korang jangan lupa singgah di Fraser Island pulau pasir terbesar di dunia. Gerenti tak menyesal punya!

Nikmati pengalaman perjalanan menaiki salah satu kereta api paling unik

Kredit Traveller

Korang tak nak memandu tapi nak menikmati keindahan yang memukau. Jangan risau ada satu lagi option yang korang boleh cuba! Korang boleh naik keretapi The Ghan.Kereta api ni merupakan kereta api klasik dan laluan perjalanannya melalui Adelaide, Alice Spring dan Darwin. Korang boleh mulakan perjalanan sama ada dari Adelaide atau Darwin, tapi kalau nak merasai half perjalanan menaiki kereta api ni pon boleh, laluannya diantara Alice Spring dengan Adelaide ataupun Darwin.

Perjalanan dari selatan ke utara ini akan melalui laluan yang pastinya tak kan korang lupakan. Korang akan melalui kawasan berbukit di selatan Australia, gurun Red Centre yang berdebu dan memasuki kawasan Top End yang mempunyai iklim tropika. Confirm best!

Pelbagai keindahan yang memukau.Patutlah Anis Nabilah bercuti kat Australia!

Anis sempat posing di pantai ketika menerokai Great Ocean Road

Sempat menikmati ais krim semasa Melbourne Food Tour

Kalau ke Geelong, tak jauh dari kota Melbourne, mesti singgah di Geelong Cement Works Silo Arts ni!

Baru tahu rupanya banyak lagi keindahan Australia yang masih belum diterokai. Patutlah chef selebriti Anis Nabilah pon bercuti kat sini. Korang boleh tengok gambar-gambar menarik yang dia tangkap di Melbourne di Instagram dia. Jealous sangat!

Hmm.. Macam ni rasa nak UnDiscover Australia sekarang juga. Korang apa tunggu lagi jom book tiket pergi melancong untuk menikmati UnDiscover Australia!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×