berita

‘Ini Malaysia Kita!’ – Tonton 10 Iklan Terbaik Hari Kebangsaan 2022

August 29th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Sama seperti tahun-tahun yang telah berlalu, setiap 31 Ogos, negara akan menyambut Hari Kebangsaan dan untuk tahun 2022 tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih.

Setiap tahun, antara yang paling ditunggu ramai adalah iklan-iklan Hari Kebangsaan yang selalunya akan menyentuh perihal perpaduan kaum, menyentuh hati dan membangkitkan semangat patriotisme.

Ini dia 10 iklan Hari Kebangsaan 2022 pilihan Ohbulan!

Samsung

Kisah tentang ‘pengembaraan’ seorang abang dan adik perempuan mencari Jalur Gemilang, sambil diselitkan kepentingan mengekalkan keikhlasan dalam menyebarkan semangat patriotisme.

Celcom Axiata

Iklan yang menceritakan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang perlu mencari makna kemerdekaan. Dalam misi pencarian itu, kanak-kanak tersebut terpegun dengan keunikan kepelbagaian budaya di Malaysia.

Maxis

Sangat sinonim dengan anak muda generasi kini yang sering diherdik dengan kata-kata seperti ‘lembik’, ‘anak manja’ dan sebagainya. Iklan Maxis ini menonjolkan keunikan generasi baru yang tersirat di dalam kelainan mereka.

Taylor’s University

Filem pendek yang telah mendapat lebih 200 ribu tontonan ini berkisahkan tentang adik Haziq yang mengajar rakan sekelasnya tentang kepentingan membina masa depan untuk generasi yang akan datang.

TM Group

Iklan Hari Kebangsaan yang unik daripada TM kali ini berkongsikan tentang projek istimewa seorang tokoh Wayang Kulit, Tok Lah dalam mencipta satu persembahan wayang kulit 360 darjah.

RHB Group

Berkisahkan tentang dua orang pelajar sekolah berbeza bangsa yang secara rela hati menawarkan diri untuk memimpin projek istimewa Hari Kebangsaan, namun mereka berdua tidak bersefahaman.

MBSB

Iklan yang diterbit melalui kaedah ‘eksperimen sosial’ ini mempamerkan sifat prihatin yang masih kaya dalam budi bahasa rakyat Malaysia. Sangat menyentuh hati, sudah pasti mampu membuat anda menitiskan air mata.

Takaful Malaysia

Iklan ini telah meraih lebih 2 juta tontonan di Youtube. Mempamerkan kisah hidup berjiran dengan kerenah pelik masing-masing, namun tetap dapat bergantung pada satu sama lain.

Air Selangor

Iklan yang sangat comel, mengumpulkan 5 orang kanak-kanak dan mereka diberikan ruang untuk menceritakan apa yang mereka faham tentang Hari Kemerdekaan.

Umobile

Diinspirasikan daripada kisah sebenar, iklan menyentuh hati ini menceritakan tentang pertemuan Adam dan Pak Ngah yang mengungkap makna pengorbanan yang berbeza merentas generasi.

SKIP THIS AD ×