berita

‘Ini Masalah Serius’ – Gelaran ‘Ikon Pendidikan’ Dipertikai, Caprice Respon Kritikan PU Rahmat

April 2nd, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Semalam viral di media sosial poster Jelajah Pendidikan Selangor 2019 yang menampilkan selebriti dan usahawan Caprice sebagai ikon pendidikan. Difahamkan program jelajah tersebut khas buat anak-anak lepasan SPM, STPM dan setaraf.

Namun, pelantikan Caprice sebagai ikon mendapat kritikan netizen termasuklah bekas peserta Pencetus Ummah musim pertama, PU Rahmat.

Caprice sebagai ikon pendidikan

Rata-rata tidak bersetuju dan berpendapat masih ramai yang layak diangkat sebagai ikon pendidikan. Namun begitu, ada juga yang beranggapan kejayaan Caprice dalam memberi motivasi kepada remaja melayakkannya memegang gelaran tersebut.

Ikon pendidikan bukan dikira dengan kekayaan – PU Rahmat

Menerusi satu tweet, PU Rahmat menjawab kenyataan seorang individu yang melihat kejayaan sebagai ikon dari segi kekayaan. Menurutnya, pengorbanan dan sumbangan dalam mendidik anak bangsa sepatutnya menjadi kunci utama seorang ikon.

Respon Caprice

https://www.instagram.com/p/BvtrSySB1lw/

Caprice walaubagaimanapun menerusi sebuah video menafikan dia seorang ikon malah mengaku tiada SPM. Tambahnya lagi, dia hanya membina aplikasi untuk membantu orang ramai belajar dan mengaji secara online.

PU Rahmat cadang Dr Nur Adlyka sebagai ikon

Inilah yang saya risaukan apabila kita lebih gemar mengangkat mereka yang popular sebagai IKON.
Kita kena mengangkat darjat Para Guru sebagai IKON Pendidikan. Kitalah yang kena popularkan Para Guru jika mereka tidak popular.  Saya tidak menafikan usaha @capriceofficial dalam Jihad Media sosialnya. Tetapi apabila kita berbicara tentang Pendidikan dan Ilmu. Kita perlu meletakkan orang yang sepatutnya sebagai IKON.

Ya PU Rahmat juga tak layak sebagai Ikon. IKON adalah Ikutan. Kita dahulukan mereka yang berkorban banyak dalam mendidik anak bangsa. Artis atau Ustaz TV ajarlah anak bangsa ini agar menghormati para Guru.

Cadangan saya sebagai Ikon pendidikan ialah Dr Nur Adlyka. Anak muda yang menjadi pensyarah pada usia muda dan salah seorang yang menemukan Lohong hitam dan memilih menjadi Pensyarah untuk mendidik anak bangsa dan meneruskan kajian.

Salam

Mengakhiri ketegangan, PU Rahmat mencadangkan golongan guru atau Dr Nur Adlyka diangkat sebagai ikon pendidikan. Selain menjadi pensyarah di usia muda, saintis muda tersebut juga telah menemukan lohong hitam dan kini sedang meneruskan kajian.

Sumber : PU Rahmat, Caprice

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×