berita

‘Ini Tentang Hidup..’ – Demi Masa Depan Anak & Isteri, Wan Najdi Umum Keluar UNIC

June 11th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Anggota kumpulan nasyid UNIC, Wan Najdi Wan Mohd Noh menerusi akaun Instagram mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan tersebut di atas beberapa faktor. Menurut Wan Najdi, keputusan itu diambil selepas berfikir panjang dan mengambil kira impak pandemik kepada industri hiburan.

Pandemik beri kesan kepada industri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Najdi (@wannajdi) on

Permohonan maaf kerana mengambil masa anda yang banyak dan banyak menimbulkan tanda tanya yang tiada berkesudahan, hal ini kerana keputusan ini sangat sukar saya lakukan, namun life must go on. Masuk bulan 9 ini sudah 4 tahun saya bersama dengan UNIC dan banyak melakar kejayaan mahupun kenangan yg manis walaupun banyak berdepan dengan cabaran getir.

Antara kenangan yang tak dapat saya lupakan Gemagegarvaganza, fenomena ainul mardhiah, Perform di new year eve klcc, performer sabyan live in kl, performer anugerah meletop era, konsert ainul mardhiah, ABPBH Finalist, dan lain lain lagi. Pandemik Covid-19 sudah tentu sangat memberi kesan kepada industri hiburan khususnya nasyid. Saya sangat merindui detik memegang microfon menghiburkan anda dengan punchline and showmanship, namun ia mungkin mengambil masa yang lama untuk pulih, jadi saya terpaksa membuat keputusan demi isteri saya yang tercinta, serta tiga cahayamata saya yang indah yang banyak membahagiakan saya sepanjang tiga bulan ini.

Ini tentang hidup & kebahagiaan saya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Najdi (@wannajdi) on

Saya yakin UNIC mempunyai peminat lama dan baru yang sangat menghargai UNIC, mungkin kehadiran saya mengguris peminat lama, namun begitu survival UNIC perlu diteruskan demi keperluan peminat baru yang sangat dahagakan muzik rohani. Dengan itu saya juga memohon maaf kepada yang terguris dengan saya secara sedar atau pun tidak. Tidak dilupakan juga seribu penghargaan @familiunic yang byk menyokong UNIC.

Mungkin ada yang merasakan tindakan ini adalah mengikut perasaan dan tidak matang, namun siapalah saya nak menghalang anda dari komen tentang hidup saya. Tetapi ini tentang keputusan hidup saya dan kebahagiaan saya. Perkara ini bukanlah difikirkan dalam tempoh tiga bulan ini, tetapi sebelum dari itu lagi. Semoga anda terus memberikan sokongan terhadap Karier saya dan juga kumpulan UNIC.
Sudah tiba masanya saya membuat keputusan yang sudah lama bermain dalam fikiran saya, saya harap anda semua menghormati keputusan saya, saya dengan ini mengundur diri dari menjadi ahli UNIC.. Assalamualaikum…

Keputusan mengejut – Fakhrul UNIC

Sementara itu, Mohd Fakhrul ketika dihubungi Harian Metro berkata dia hanya mendapat tahu mengenai pengunduran Wan Najdi selepas membacanya di Instagram dan status yang sama turut diletakkan di kumpulan Whatsapp mereka.

Tambahnya lagi, keputusan itu sangat mengejutkan kerana Wan Najdi tidak pernah menyuarakan perkara tersebut. Walau bagaimanapun, dia menghormati keputusan yang dibuat.

Selepas dia hantar mesej yang sama dalam Instagram, dia terus ‘left group’ (keluar kumpulan WhatsApp). Saya pun tak sempat nak bertanya apa-apa lagi secara peribadi.

Sepanjang tahun ini sehinggalah PKP dan PKPB, dia tidak ada cakap pun nak keluar UNIC. Cuma, mungkin sepanjang tempoh itu dia berfikir panjang. Kita faham keputusan dibuat untuk diri sendiri dan keluarga.

Lagipun, UNIC pun tidak ada aktiviti. Jadi, dia perlu fikir benda lain untuk keluarga. Jadi, dia mungkin mahu lebih fokus pada itu. Takkan nak selamanya menyanyi. Kami hormat keputusan yang dibuat.

Fakhrul berkata lagi, pengunduran Wan Najdi sangat menyedihkan kerana terlalu banyak kenangan mereka bertiga selama beberapa tahun ini. Dia juga akan tetap meneruskan perjuangan UNIC bersama seorang lagi ahli kumpulan, Bazli Hazwan.

Sumber : Wan Najdi, Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×