berita

Instafamous Perlu Isytihar Pendapatan

January 17th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Kewujudan media sosial telah membuka peluang kepada ramai individu mencari sumber pendapatan di Instagram, Facebook dan Twitter. Menurut laporan Sinar Online, selebriti internet yang memperolehi pendapatan daripada hasil perniagaan di media sosial juga dikenakan cukai sekiranya melebihi RM5,000 sebulan.

Terus ke LHDN bagi mendapatkan nasihat

Penjanaan pendapatan melalui kaedah ini dikategorikan sebagai profesion. Oleh demikian, individu yang turut dikenali instafamous ini perlu mengistiharkan pendapatan dan dibenarkan menuntut perbelanjaan dan pembayaran balik cukai.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengalakkan individu berkenaan untuk datang ke pejabat LHDN bagi mendapatkan nasihat pengiraan cukai.

Kami menggunakan medium seperti televisyen dan radio untuk sampai kepada mereka, malah bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan untuk pergi ke sekolah dan universiti bagi mewujudkan kesedaran mengenai perkara itu.

Perlu mengisytiharkan pendapatan

Tambahnya lagi, lembaga LHDN akan mengesan mana-mana individu yang gagal mengisytiharkan pendapatan apabila terdapat syarikat yang membayar untuk perkhidmatan selebriti internet tersebut.

Surat dan e-mel itu bertujuan memaklumkan kepada pembayar cukai. Ini adalah inisiatif oleh kerajaan baharu seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pembaharuan Cukai.

Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, kanak-kanak bawah umur yang memperolehi pendapatan yang tinggi juga tertakluk pada bayaran cukai.

Oleh demikian, ibu bapa perlu mengisytiharkan pendapatan yang diperolehi anak mereka. LHDN telah mengeluarkan 3.5 juta e-mel dan 4.7 juta surat kepada pembayar cukai berdaftar.

Sumber: Sinar

SKIP THIS AD ×