berita

Instagram Mula Sorok Jumlah ‘Likes’ Dan ‘Views’ Mulai Hari Ini

July 19th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Aplikasi Instagram merupakan platform untuk berkongsi gambar bersama orang ramai. Ada yang berkongsi gambar makanan, melancong, haiwan peliharaan dan juga gambar perkembangan diri. Boleh dikatakan aplikasi ini antara aplikasi wajib yang ada pada telefon bimbit korang.

Terbaru, menerusi Twitter milik Instagram mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat itu sedang menguji fungsi tidak menunjukkan paparan likes pada gambar yang dimuat naik oleh pengguna.

7 Negara baru terlibat

Buat sementara waktu, fungsi ini hanya berlaku di tujuh negara termasuk Australia, Brazil, Ireland, Jepun, Itali, Kanada dan New Zealand. Likes pada setiap posting gambar dan video akan disembunyikan secara automatik.

Hal ini akan mengakibatkan pengguna lain tidak boleh melihat jumlah likes yang diterima pengguna lain. Hanya pemilik akaun sahaja yang boleh melihat jumlah likes yang mereka terima.

Fokus kepada gambar dan video

Menurut jurucakap Instagram lagi, fungsi baru ini bertujuan untuk memberikan pengguna lebih fokus kepada kandungan yang dimuat naik berbanding jumlah likes yang diterima.

Apabila likes didedah kepada orang ramai, ia menjadi satu ketagihan. Orang melihat likes sebagai satu metrik kejayaan, mengusik mereka yang mendapat likes yang sedikit. Malah ada yang sanggup membeli likes untuk menarik perhatian pengguna lain.

Jadi fungsi terbaharu ini akan mengubah cara pemikiran pengguna. Kami akan meluaskan lagi percubaan ini kepada beberapa lagi negara untuk melihat pengalaman mereka.

Sumber: Instagram

The following two tabs change content below.