Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan hasrat untuk melihat Malaysia menjadi tuan rumah Piala Dunia pada masa hadapan, sekali gus merealisasikan impian negara menganjurkan kejohanan bola sepak paling berprestij itu.

Artikel Berkaitan: Ini 7 Lokasi Skrin Gergasi Paling Meriah Untuk Tonton Final Piala Dunia 2026

Artikel Berkaitan: No Argentina! Kamal Adli Mahu Sepanyol Menang Piala Dunia 2026 – ‘Sebab Ada Lamine, Dia Muslim & Sokong Palestin’

Malaysia tuan rumah

Foto: Bernama

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, dia bukan sahaja berharap Malaysia diberi peluang menjadi tuan rumah, malah mahu melihat skuad Harimau Malaya layak beraksi di pentas Piala Dunia sebagai wakil Asia Tenggara.

Insya-Allah, satu hari nanti kita bercita-cita untuk menjadikan Malaysia tuan rumah Piala Dunia. Mudah-mudahan ketika itu pasukan Malaysia akan menjadi satu daripada pasukan untuk mewakili Asia Tenggara.

Zahid berkata demikian ketika berucap pada program tayangan skrin gergasi perlawanan akhir Piala Dunia 2026 yang menemukan Argentina dan Sepanyol di Bangi Square 2, pada Ahad.

Selain menyaksikan perlawanan, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi Borak Bola yang menampilkan legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan, Mohd Farizal Marlias dan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak, manakala sesi itu dikendalikan oleh Hafizal Hamad.

Sejurus tamat perlawanan, Ahmad Zahid dijadual menyertai program Semarak Subuh di Surau Al-Hamidiah sebagai penutup acara yang berlangsung di Bangi Square 2.

Dalam perkembangan berkaitan, ranking dunia Harimau Malaya turut menunjukkan peningkatan apabila skuad kendalian negara kini berada di kedudukan ke-136 dunia, naik dua anak tangga berbanding tangga ke-138 sebelum ini berdasarkan kemas kini terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Sumber: Bernama