berita

Intan Ladyana Akui Hamil Anak Kedua Lebih Penat – ‘Saya Alami Alahan Teruk’

January 24th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon, Intan Ladyana mengakui kehamilan anak keduanya adalah lebih penat jika hendak dibandingkan dengan kehamilan sebelum ini.

Artikel Berkaitan: ‘Usia Kandungan Rahsia’ – Harris Aliff Mengaku Intan Ladyana Berbadan Dua

Alahan teruk

Ketika ditemui OhBulan!, Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya berkata, di samping perlu menjaga kandungannya dia juga perlu memberikan perhatian buat anak pertamanya iaitu Evie Khadeeja yang hampir memasuki usia dua tahun.

Tambah pelakon berusia 41 tahun itu lagi, dia juga mengalami alahan yang lebih teruk jika hendak dibandingkan sewaktu kehamilan anak pertamanya itu.

Alahan lebih sikit berbanding sewaktu saya hamil mula-mula dahulu dan kehamilan anak kedua ini agak memenatkan sedikit.

Sebabnya saya kena berikan perhatian juga pada anak pertama sebab dia sejenis yang tidak boleh berenggang langsung dengan saya.

Jadi, dia jadi macam bertambah penat sebab kalau sebelum ini boleh terus tidur kalau penat tapi sekarang tak boleh, anak pertama tidur baru saya boleh rehat.

Intan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada tayangan perdana filem ‘Banglo Seksyen 12’ yang diadakan di GSC Lalaport, Bukit Bintang City Centre pada malam Selasa.

Ketika ditanya mengenai jantina kandungannya, Intan enggan memaklumkan kepada media namun akan mendedahkan jantina kandungannya itu menerusi media sosialnya.

Kandungan saya ketika ini sudah pun memasuki usia enam bulan, saya dan suami sudah pun tahu jantinanya namun tapi kami nak rahsiakan dulu.

Nanti kami buat ‘gender reveal’ ya, kita buat yang meletupkan belon itu. Nantikan di Instagram (IG) saya.

Untuk rekod, Intan dan suaminya Harris Alif selamat mendirikan rumah tangga mereka pada 5 Februari 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Evie Khadeeja, 2.

SKIP THIS AD ×