Pelakon Datin Intan Najuwa, tampil membidas komen segelintir warganet berkenaan fotonya yang didakwa telah disunting menggunakan ‘filter’.

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Bawa Pembantu Naik ‘Business Class’, Netizen Tanya ‘Ada Kerja Kosong?’

Artikel Berkaitan: Netizen Mengucap Tengok Harga Bib Anak Intan Najuwa – ‘Macam Bajet Makan Lunch Sebulan’

Guna ‘filter’?

Menerusi hantaran di Threads, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, tidak berdiam diri dan mempertahankan dirinya.

Dalam masa sama, ibu kepada seorang anak ini juga meluahkan rasa kurang senang dengan sifat segelintir warganet yang gemar mencari kesalahannya.

Nak edit muka jadi bujur ke, tiga segi ke, macam alien ke, filter 10 inci ke, suka hatilah janji kita tak kacau orang. 

Gigih siap ada yang zoom, cari satu-satu salah.

Korang ni memang betul-betul tak ada kerja dalam hidup. Gambar kita, dia yang tersakiti lebih. 

Kita semua mahu kelihatan cantik dalam gambar, itulah momen yang akan kekal selamanya sebagai kenangan.

Terdahulu, warganet mendakwa pelakon drama Racun Rihanna itu menggunakan ‘filter’ pada salah satu foto yang memaparkan dirinya bersama suami dan anak ketika bercuti di luar negara baru-baru ini.

Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023. Pasangan ini kemudian dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu.

Sumber: Threads Intan Najuwa