
Pelakon, Datin Intan Najuwa menjelaskan kehamilan keduanya berlaku tanpa dirancang sama seperti ketika mengandungkan anak pertamanya, Imane Lunara.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Beli Barangan Runcit Setiap Dua Minggu – ‘Ayam Beli Lapan Ekor, Rumah Hari-Hari Macam Kenduri’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Syukur Suami Mudahkan Urusan, Bayar 3 Pembantu & Jururawat ‘Private’ Jaga Anak – ‘Lega Sangat’
Tak rancang

Menurut pemilik nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, dia menganggap perkara itu sebagai rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Semuanya berlaku tanpa dirancang, termasuk dengan Lunara.
Saya sentiasa percaya pada rezeki.
lntan berkata demikian selepas menjawab soalan yang diajukan oleh individu berkaitan kehamilannya di Instagram Story.
Mengulas lanjut mengenai perancangan keluarga, Intan tidak menolak kemungkinan untuk memiliki tiga orang cahaya mata.
Bagaimanapun, Intan menegaskan segalanya bergantung kepada kemampuan serta keizinan Allah.
Kalau ditanya, mungkin tiga orang anak, jika ada rezeki dan Allah izinkan kerana anak itu amanah, dan menjadi ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah.
Bukan sekadar menyediakan keperluan, tetapi juga tentang memberi kasih sayang, perhatian, dan segala yang mereka perlukan dalam kehidupan.
Jadi kita ikut kemampuan yang ada, insya-Allah.
Sumber: Instagram








