
Gara-gara tidak mahu menjual pakaian bayi milik anak sulungnya, pelakon, Datin Intan Najuwa menerima mesej berbaur kemarahan daripada segelintir pihak.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Beli Barangan Runcit Setiap Dua Minggu – ‘Ayam Beli Lapan Ekor, Rumah Hari-Hari Macam Kenduri’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Syukur Suami Mudahkan Urusan, Bayar 3 Pembantu & Jururawat ‘Private’ Jaga Anak – ‘Lega Sangat’
Baju Lunara
Tampil menjelaskan situasi tersebut, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkata keputusan itu dibuat bukan bertujuan untuk bersikap kedekut, sebaliknya setiap pakaian tersebut mempunyai nilai sentimental yang sangat tinggi buat dirinya.
Alamak banyak juga mesej yang saya terima marah sebab saya tidak mahu preloved dan giveaway baju-baju lunara.
Sebenarnya, banyak lagi cara lain untuk saya buat orang gembira selain daripada menjual atau memberi pakaian anak-anak saya.
Menurut Intan, setiap helaian baju tersebut menyimpan seribu satu memori sepanjang perjalanannya bergelar seorang ibu.
Perkara ini bukan soal wang ringgit tetapi tentang memori, usaha, masa dan pengalaman saya ke sana sini hanya untuk memilih setiap satu pakaian buat Lunara dengan penuh kasih sayang dan rasa teruja.
Setiap pakaian memegang memori yang berbeza buat saya.
Itulah sebabnya saya tidak boleh mengorbankan nilai sentimental itu hanya untuk melepaskannya kerana sejujurnya itu akan membuatkan saya sangat sedih
Ujar pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini, ada pakaian yang mengingatkannya kepada fasa awal kelahiran Lunara dan saat-saat manis yang tidak mungkin dapat diulang kembali.
Bagi sesetengah orang, itu mungkin sekadar baju.
Namun bagi saya, itu adalah sebahagian daripada perjalanan keibuan saya dan memori yang ingin saya simpan buat selama-lamanya,
Sebelum ini, Intan berkongsi dia memilih untuk menyimpan semua pakaian bayi yang pernah dipakai Lunara walaupun sudah tidak muat lagi.
Baginya, setiap helaian mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.
Sumber: Instagram