
Usahawan dan personaliti media sosial, Ahmad Iqbal Zulkefli, 32, mencuri perhatian netizen selepas berkongsi perkembangan terbaharunya menerusi Instagram Stories.
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Nak Bedah Hidung & Tanam Rambut, Cari Pakar Terbaik Dunia – ‘Kalau Boleh Minggu Ini’
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Pertahankan Diri, Doktor Gigi Dakwa Tak Bayar Hutang – ‘Dia Sponsor Cabut & Cuci Gigi, Selebihnya Saya Bayar Penuh’
Bakal jalani pembedahan hidung
Menerusi hantaran tersebut, Iqbal memaklumkan proses penanaman rambutnya telah selesai dilakukan semalam dan mengambil masa kira-kira enam jam.
Proses penanaman rambut saya sudah selesai semalam. Mengambil masa dalam 6 jam. Sebentar lagi saya akan ditidurkan untuk pembedahan hidung pula. Doakan semuanya berjalan lancar.
Difahamkan, kedua-dua prosedur dijalankan di Shanghai, China, di mana Iqbal Zulkefli kini berada bagi tujuan rawatan kecantikan dan pembedahan kosmetik.
Perkongsian itu segera mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya mengharapkan urusan pembedahan berjalan lancar dan cepat pulih selepas menjalani dua prosedur secara berturut-turut.
Positif dalam transformasi diri
Sebelum ini, Iqbal pernah menjadi tumpuan ramai kerana keterbukaannya membincangkan soal penampilan dan transformasi diri, termasuk usaha untuk menjaga imej serta keyakinan diri sebagai personaliti media.
Walaupun belum mengulas lanjut mengenai tujuan pembedahan hidung tersebut, netizen memuji sikap terbuka Iqbal yang tidak segan berkongsi perjalanan kecantikannya di media sosial.
Sekadar info, Iqbal Zulkefi seorang usahawan, penyanyi dan pempengaruh media sosial yang sebelum ini pernah mencuri perhatian menerusi pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan serta penampilan dirinya dalam bidang muzik.
Sumber: Instagram