
Seorang doktor gigi mendakwa pempengaruh dan usahawan Iqbal Zulkefli tidak menjelaskan bil bayaran rawatan di klinik miliknya.
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Sedia Bajet RM10K, Cari Pereka Fesyen Buat Baju ‘Luar Kotak’ Untuk Hadiri AMT
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Mengaku Boros, Pernah Habiskan RM1 Juta Dalam Seminggu – ‘Bosan Hidup Mewah’
Tak bayar hutang?
Menerusi hantaran di Threads, individu yang dikenali sebagai Dr Safwan Majid mendedahkan perkara tersebut susulan video temubual Iqbal bersama media tentang perbelanjaannya.
Menurut Dr Safwan, dia juga telah mencuba untuk berkomunikasi dengan Iqbal namun tiada respon yang diberikan.
Hutang gigi dengan aku pun tak bayar, tak payah nak sembang kemaslah Iqbal.
Saya dah WhatsApp dia, kena bluetick je.
Respon Iqbal
Tidak berdiam diri, Iqbal kemudian tampil membuat penjelasan di Instagram Story (IG) berhubung isu berkenaan dan mempertahankan dirinya.
Dr Safwan pernah sponsor saya cabut gigi & cuci gigi sekali sahaja pada tiga tahun lepas. Selebihnya saya bayar penuh, itu pun dalam tempoh tiga tahun..hanya lima ke enam kami sahaja buat rawatan. Maksudnya setahun sekali dua. Saya tak terikat apa-apa.
Doktor marah saya sebab saya pergi tampal gigi di klinik lain. Klinik tersebut masukkan muka saya di story IG. Tiba-tiba doktor mesej saya, ‘jangan datang ke klinik saya, saya sangat pantang orang saya sponsor pergi ke klinik lain.’
Tambah Iqbal lagi, antara sebab mengapa dia terpaksa mendapatkan rawatan di klinik lain adalah kerana kos dan lokasi klinik milik Dr Safwan yang dikatakan lebih jauh.
Dalam masa yang sama, Iqbal juga mendakwa pernah membayar sejumlah wang untuk rawatan gigi di klinik Dr Safwan.
Saya hanya fikir klinik doktor jauh dan saya sakit gigi. Malah kalau saya pergi klinik doktor pun saya perlu bayar seperti biasa.
Seingat saya, ada satu rawatan yang belum siap, iaitu implant gigi yang tidak terjadi buat sebab saya sibuk. Itupun saya sudah bayar separuh yang sudah dirawat. Ada yang sudah bayar deposit beribu tapi belum buat pun. Saya tidak berbangkit dan andai duit saya lenyap pun saya bukan peduli.
Kos rawatan dengan Dr Safwan pun saya perlu habiskan lebih RM20,000 bukan sponsor (braces moden). Jadi, saya mahu survey di klinik lain yang mungkin lebih murah atau lebih dekat dengan rumah.
Saya terpaksa buat penjelasan sebab terlalu ramai kecam saya berhutang dan disponsor besar. Jujur, biasanya orang bayar saya RM10,000 – RM150,000 untuk kerjasama. Begitu yang saya terima dari jam, klinik, hospital, kereta dan sebagainya. Tetapi dengan doktor niat saya untuk bantu sahaja.
Sumber: Threads, IG Iqbal