Pelakon, Isa Khan meluahkan rasa hairan melihat sikap segelintir netizen yang dilihat begitu lantang mengkritik dan membenci pempengaruh serta usahawan, Jofliam di media sosial tanpa sebab yang jelas.

Artikel Berkaitan: ‘Bila Dapat Hidayah, Genggam Sampai Akhir Hayat’ – Isa Khan Titip Nasihat Buat Norreen Iman Selepas Tampil ‘Free Hair’

Ramai kutuk Jofliam

Menerusi hantaran di Threads, Isa mempersoalkan mengapa ada pihak sanggup menghabiskan masa mengutuk seseorang yang tidak pernah dikenalinya secara peribadi atau mempunyai sebarang kaitan dengan kehidupan mereka.

Korang semua yang beriya mengata dan mengutuk mamat ini (Jofliam), korang memang tak ada kerja lain? Macam tak ada kehidupan, sedih aku tengok manusia zaman sekarang.

Aku bukan sokong dia, aku tak kenal pun mamat ini. Tapi masalahnya hari-hari korang mengata dia, sedangkan dia bukan ada dosa dengan kalian pun.

Dalam masa sama, Isa turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata, terutama yang boleh menjatuhkan maruah orang lain.

Menurutnya, sebagai umat Islam, setiap individu perlu menjauhi sifat hasad dengki dan sentiasa menjaga tutur kata kerana segala perbuatan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Belajar agama, bagi faham. Jangan sedap mulut mengata orang. Percuma sahaja segala pahala korang akan dihisab di akhirat nanti sebab mengata orang. Hidup kita ini dah tak tahu sampai bila, bila-bila masa sahaja boleh mati.

Isa meluahkan perkara itu sebagai respons kepada satu hantaran seorang pengguna media sosial yang berharap Jofliam dihalau keluar dari Malaysia.

Sumber: Threads