berita

Isi Minyak Di Shell Dan Rebut Ganjaran Ekstra Dengan BonusLink!

December 3rd, 2019 | by Bieha
Shout Out!

Kredit: Shell Malaysia

Berita baik untuk korang semua terutamanya pelanggan setia Shell dan ahli BonusLink. Buat pertama kalinya, Shell akan memberikan bukan 2x, bukan 3x, tetapi 10x mata ganjaran apabila korang meleret kad BonusLink! Wow!

Nak tahu macam mana nak dapatkan ganjaran hebat ni? Jom kami terangkan..

Pam 1 liter, dapat 10 mata ganjaran!

Pada 4, 5 dan 6 Disember ni, jangan lupa untuk leret kad BonusLink korang dan nikmati 10x mata ganjaran BonusLink untuk setiap liter bahan api Shell di mana-mana stesen Shell!

Pam 1 liter, dapat 10x mata ganjaran, bayangkan kalau korang pam minyak berliter-liter selama 3 hari ni. Banyak dah mata ganjaran BonusLink yang korang dapat kumpul!

Rebat sehingga 50% sempena promo 12.12!

Bukan setakat 10x mata ganjaran, pada 12 Disember ni pulak, korang akan nikmati diskaun sebanyak 50% untuk semua barang yang korang tebus menggunakan mata ganjaran BonusLink. Wah, boleh jimat banyak!

Kredit: Shell Malaysia

Apabila korang menebus 1000 mata ganjaran BonusLink (RM10), korang akan dapat pulak lagi 500 mata ganjaran BonusLink (RM5) yang akan dikreditkan ke dalam akaun korang dalam masa 3 hari.

* Mata ganjaran BonusLink sah untuk pembelian semua barangan di Shell kecuali produk tembakau E-Pay, produk E-Pay dan pembelian Touch N’ Go.

Jadi, apa tunggu lagi guys. Jom ramai-ramai isi minyak di Shell dan kumpul seberapa banyak mata ganjaran BonusLink!

Untuk maklumat lanjut, layari bonuslink.com dan Facebook BonusLink.

The following two tabs change content below.