Konsert jelajah Justice World Tour mendapat sambutan hangat selepas tiket konsert habis terjual dalam masa lima jam. Untuk pengetahuan semua, harga tiket bermula dari RM288 hingga RM2,088.
Biarpun lagi enam bulan Justin Bieber akan datang ke Malaysia namun berita kedatangan penyanyi kelahiran Kanada itu membuatkan segelintir individu kurang senang hati.
Artikel Berkaitan: Bandingkan Konsert Justin Bieber Dengan Kelas Agama, Pendakwah Bebas Mohon Maaf – ‘Mungkin Salah Faham’
Artikel Berkaitan: Bimbang Dengan Fenomena Konsert Justin Bieber, Ustazah Asma’ Mohon Ibu Bapa Halang Anak Pergi Ke Tempat Maksiat
Islam tak larang berhibur
@deejah.31 #ustazazharidrus #justinbieber #konsertmaksiat #fyp #foryoupage ? Sucide Humming – Nasheed
Menerusi potongan video di media sosial, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus berpendapat adalah lebih baik duit yang dibayar untuk tiket Justin Bieber dijadikan sedekah.
Kata Azhar, 58, Islam tidak melarang untuk berhibur tetapi kena berpada-pada.
Siapa kenal Justin Bieber? Penyanyi ini daripada Amerika. Mu (kamu) sanggup tak bayar RM5,000? Ada RM5,000 beri sedekah buat beli van jenazah la.
Islam bukan agama yang melarang hiburan. Betul tak? Islam ini agama mengawal. Berhibur, bersukan, bermain, cari rezeki.. silakan.
Islam kawal, tidak boleh berlebih-lebihan. Tidak sampai menggadai akidah, tidak sampai buang duit yang sampai membazir.
Soal harta akan ditanya
Dalam pada itu, tegas Azhar, umat Islam akan disoal di akhirat kelak tentang semua harta yang dimiliki.
Kerana duit kita akan ditanya di akhirat. Harta mu (kamu) itu ambil di mana. Kena jawab tau. Kemudian, mu (kamu) buat beli apa? Kita beli tiket Justin Bieber harga RM4,000.
Baik mu (kamu) bagi dekat adik beradik yang susah daripada tengok Justin Bieber. Sedekah pada dia. Apa pula bazir benda macam itu!
Justin bieber menjadi artis pertama yang bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 22 Oktober ini selepas dunia dilanda pandemik Covid-19.
Sebelum ini, tindakan Iddin Ramli membuat perbandingan antara konsert Justin Bieber dengan kelas agama telah mendapat kecaman.
Baru-baru ini pula, Ustazah Asma’ Harun meluahkan kebimbangan melihat fenomena Justin Bieber yang mendapat sambutan rancak daripada anak muda.
Sumber: TikTok @deejah.31