berita

Ismail Izzani Tak Sedar Muat Naik Gambar ‘Belanja’, Enggan Komen Lanjut

April 28th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Minggu lalu penyanyi yang sedang meningkat naik, Ismail Izzani menjadi bualan hangat di media sosial apabila sekeping gambar yang dimuatnaiknya di Instagram mendapat perhatian netizen. Ramai yang dapat mengesan ‘sesuatu yang tidak kena’ dengan gambar tersebut namun tidak bagi penyanyi Luar Biasa ini.

Gambar yang dirakam di set rancangan Melodi dibiarkan di akaunnya itu sehinggalah isu ini menjadi hangat, foto berkenaan dipadamkannya.

Tidak sedar ada sesuatu tidak kena

Gambar yang diambil bersama Alif itu menampakkan bentuk kemaluannya kerana dia memakai seluar sukan atau jogger pants ketika itu. Isu berkenaan menjadi bualan bukan sahaja di Instagram malahan di Twitter.

Ismail yang ditemui Harian Metro enggan memberikan apa-apa komen berkenaan gambar berkenaan. Namun, dia mengakui sudah memadamkan gambar berkenaan dari Instagramnya ketika isu ini timbul.

Saya tidak menyedari gambar itu ada sesuatu tidak kena dengan seluar dipakaikan ketika berkongsinya di Instagram.

Selepas isu terbabit timbul saya segera memadamkan gambar itu.

Tak mahu komen

Ismail juga mengakui akan lebih berhati-hati dalam memuatnaik gambar di laman sosialnya di masa depan untuk mengelakkan perkara sama berulang. Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan beranggapan isu ini akan dilupakan seiring masa.

Saya tidak mahu komen lanjut mengenai perkara ini. Lagi pun, lama-kelamaan, orang akan melupakannya.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×