Semalam, AlHijrah News melaporkan isteri kepada seorang ahli politik telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di atas tiga pertuduhan iaitu mengedar dan menanam dadah jenis kanabis di kediamannya sendiri.
Tiada pengakuan dibuat
Foto: AlHijrah News
Walau bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku bersalah ke atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut di hadapan Majistret Farah Nasihah Anuar. Difahamkan, mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh bersama seorang lagi individu lain, dipercayai mengedar dadah jenis kanabis dengan berat 1.6 kilogram dan cecair jenis dadah yang sama dengan sukatan 7.87 liter.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Duta Residensi, Ampang, pada jam 7.30 malam, 20 Januari yang lalu. Manakala, bagi pertuduhan ketiga mereka berdua berdepan dengan tuduhan menanam sembilan pokok jenis kanabis di alamat yang sama.
Hukuman bakal dikenakan
Sekadar gambar hiasan
Jika suspek didapati bersalah, suspek akan menjalani hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati atau sebatan tidak kurang 15 kali. Bahkan, bagi pertuduhan ketiga suspek turut berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali.
Suspek didakwa di bawah Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 93B(2) akta yang sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Kes tersebut akan dibicarakan semula pada 16 Februari depan untuk sebutan semula kes. Manakala, tertuduh sudahpun ditahan di Penjara Kajang.
Sumber: AlHijrah News