Nama pelawak Atu Zero menjadi bualan hangat warganet selepas menyindir Nabila Razali tidak boleh menyanyi secara ‘live’ ketika menjadi juri di program The Masked Singer musim ketiga.
Artikel Berkaitan: Atu Zero Perli Tak Boleh Nyanyi ‘Live’, Nabila Razali Terasa Hati
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bercakap Perkara Betul & Pernah Tular Sebelum Ini’ – Atu Zero
Melawak saja
Susulan keterlanjuran itu, isteri kepada Atu iaitu Shafeeqa Johari pula tampil memohon maaf kepada Nabila di Instagram (IG), pada Isnin.
Menurut Shafeeqa, suaminya tidak ada niat lain selain daripada bergurau. Katanya lagi, dia sudah menegur sikap pelawak berumur 31 tahun itu yang suka sangat membaca komen-komen netizen.
Permulaan tahun baru untuk kami. Misi bantuan kami pun tak dapat viral begini. Atu.. Atu.. sebarang saja kau ini. Banyak sangat baca komen netizen dia ini.
Minta maaf ya Nabila Razali. Dia melawak saja. Kawan-kawan boleh tengok lakonan dia ya. Ramai yang memuji lakonannya, saya pun tengok.
Mana ada sombong
Dalam pada itu, Shafeeqa memohon agar orang ramai tidak menganggap pemilik nama Sharid Kunal Doli Sharif seorang yang sombong.
Dedahnya, Atu insan yang baik hati apabila sukarela turun padang membantu golongan yang dalam kesempitan.
Kami ini bukan siapa-siapa. Dia hanya seorang penghibur. Biarpun bukan pemegang anugerah apa-apa, ibarat warna warni kehidupan.
Demi Allah tidak sombong insan yang bernama Atu ini. Jika sombong, tidak dia turun sendiri memberi bantuan untuk orang-orang susah.
Sebelum ini, Nabila mengakui tersinggung dengan komen Atu yang menyindir vokalnya ketika memberi komen kepada salah seorang peserta program The Masked Singer, Si Bulu Tangkis yang menyanyikan lagu Pematah Hati.
Sedar dengan kesilapannya, Atu meminta maaf kepada pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali menerusi mesej langsung (DM) di IG namun tidak dibalas.
Sumber: Instagram @shafeeqa_johari