Umum mengetahui, penyanyi dan pelakon Nabila Razali berasa kecewa dengan tindakan pelawak Atu Zero yang ‘bergurau kasar’ ketika dalam program The Masked Singer Malaysia musim ketiga, baru-baru ini.
Artikel berkaitan: Atu Zero Perli Tak Boleh Nyanyi ‘Live’, Nabila Razali Terasa Hati
Terbaru, Atu atau nama sebenarnya, Sharid Kunal Doli Sharif, 31, mengakui menyesal atas keterlanjuran bicaranya dan sudah memohon maaf kepada Nabila menerusi mesej langsung (DM) yang dihantar ke IG.
Saya mohon maaf
Saya mohon maaf kepada Nabila dengan menghantar mesej langsung dalam IG selepas seorang individu memberitahu luahan hati Nabila yang kecewa dengan saya. Bagaimanapun, tiada respon daripada Nabila sehingga saat ini walaupun sudah melihat mesej yang saya hantar.
Menerusi laporan Berita Harian, Atu mengakui keterlanjurannya dan berharap komen tersebut dapat dijadikan pembakar semangat untuk Nabila memperbaiki mutu nyanyian.
Kata-kata saya memang salah, tetapi jika dilihat daripada sudut berbeza, anggaplah ia sebagai pembakar semangat agar dapat menyanyi lebih baik dalam persembahan secara langsung. Apa yang saya cakap adalah perkara betul dan ia juga pernah tular sebelum ini. Jadi, saya bercakap berdasarkan apa yang saya dengar dan lihat sebelum ini.
Pada masa yang sama, Atu berjanji akan lebih berhati-hati apabila membuat ‘punchline’ atau bahan jenaka supaya tidak menyinggung perasaan sesiapa pada masa akan datang.
Sumber: Berita Harian