Setiap hubungan pasti akan diuji dengan pelbagai cabaran yang mendatang. Namun di Maluku Tenggara, Indonesia seorang wanita sanggup membakar dirinya di hadapan suami dan bapa mertuanya.
Bakar diri sendiri
Foto: Tribun News
Ketika kejadian, si isteri yang berumur 24 tahun, bertindak menyiram wajah dan tubuhnya dengan minyak tanah. Lalu, dia bertindak menyalakan api dan membakar dirinya. Punca kejadian adalah disebabkan si suami sering menuduhnya tidak setia dalam perhubungan rumah tangga mereka dan mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
Si suami yang berusia 27 tahun, sempat membantu memadamkan api yang menyambar wajah dan tubuh isterinya.
Tidak tahan dituduh
Gambar sekadar hiasan
Menerusi siasatan awal yang dijalankan, mangsa ketika itu sudah nekad berbuat demikian kerana tindakan suaminya sendiri. Motif kejadian adalah kerana sikap suami mangsa yang kerap cemburu.
Sehingga kini, keluarga mangsa masih belum membuat sebarang laporan polis berhubung insiden tersebut. Mangsa telah dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sadsuitubun untuk rawatan selanjutnya.
Sumber: Tribun News