Isteri kepada pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub memberi kata-kata semangat untuk suaminya yang sedang berdepan dengan dakwaan mempersendakan upacara agama lain.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahrol Bersuara Isu Nabil, Azad Jazmin & Radin Persenda Agama Hindu – ‘Kalau Boleh Janganlah Gantung Tugas Mereka’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Juga Mempunyai Darah Keturunan India’ – Azad Jazmin Harap Dimaafkan

Keluarga sentiasa menyokong

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Zira menasihati Nabil supaya melihat insiden tersebut sebagai satu pengajaran yang positif agar dia lebih dekat dengan Allah SWT.

Jangan risau, semuanya akan baik-baik sahaja. Anggaplah ini sebagai peringatan bahawa Allah mahu kita sentiasa mengingatiNya, sama ada di waktu senang atau susah.

Dalam masa yang sama, Zira menyifatkan pelawak berusia 41 tahun tersebut sebagai suami dan bapa yang baik, malah dia anak-anak juga akan sentiasa memberi sokongan.

Awak ada kami yang akan sentiasa menyokong dan menyayangi.

Awak adalah seorang lelaki dan bapa yang penyayang dan sentiasa mengambil berat.

Saya adalah peminat awak juga. Mereka mungkin bercakap buruk tentang awak, tetapi saya lebih mengenali awak berbanding mereka.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan juga warganet turut menyatakan sokongan mereka terhadap Nabil.

Semua orang sayang pada awak, insya-Allah sentiasa merendah diri. Masing-masing ada ujian, kami doakan semoga dilindungi oleh Allah selalu termasuk Azad, Radin dan semua.

Manusia buat silap. Itulah beza Islam dengan yang lain, kita sentiasa sedar untuk minta maaf dan memaafkan. Moga sentiasa dalam lindungan Allah dan dipermudahkan urusan.

Haji Nabil, saya selalu bersama awak! Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja.

Terdahulu, tular video memaparkan Azad yang dipercayai meniru tarian kavadi sambil Nabil Ahmad menyebut ‘Vel Vel’ disusuli gelak tawa.

Klip video itu mengundang kritikan meluas kerana didakwa telah menghina tradisi kaum Hindu.

Sedar akan kesilapan yang dilakukan, Azad, Nabil dan juga Radin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Tiga penyampai radio tersebut termasuk tiga lagi kakitangan stesen berkenaan juga telah memberi keterangan di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman pada Rabu.

Sumber: IG Zira Ayub