Isteri kepada pelawak dan pelakon Bell Ngasri iaitu Nur Farhana Mohamad Fauri berkongsi sisi yang tidak ditonjolkan suaminya kepada umum.
Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Nabil Ahmad Geram Netizen Persoal Kemenangan Bell Ngasri – ‘Kenapa Kau Pertikaikan, Itu Rezeki Dia’
Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Usaha 37 Tahun Bell Ngasri Jadi Pelakon Berbaloi- ‘Saya Tiada Kelab Peminat, Allah Izinkan Menang’
‘Tegas, garang’
Ketika ditemui OhBulan!, Farhana berkata Bell seorang bapa yang tegas dan bertanggungjawab terhadap anak-anak di rumah.
Malah, jelas Farhana ada ketika anak-anak tidak dapat membezakan sama ada bapa mereka sedang marah atau bergurau.
Dia sebagai suami sebenar sangat garang, terutama dengan anak-anak di rumah, sangat tegas.
Adakala kalau Bell buat kelakar, anak-anak tak tahu itu kelakar atau serius. Anak-anak pun tak ambil tahu ayah dia berlakon cerita apa. Conversation di rumah lebih kepada seorang ayah dan anak.
Farhana berkata demikian ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH 35) yang diadakan di Istana Budaya, Jumaat lalu.
Dalam masa sama, Farhana turut mengakui suaminya seorang yang bekerja keras.
Dia memang seorang yang kuat bekerja. Malah sebelum kahwin kami dah kenal lama, dari situ saya memang dah lihat dia sangat kuat kerja. Hidup memang untuk kerja.
Semua orang tahu dia berlakon daripada umur enam tahun, jadi kenapa saya yang datang kemudian dalam hidup dia nak halang dia kerja kan.
Terdahulu, malam kemuncak ABPBH 35 menyaksikan Bell diisytihar sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 35. Selain memenangi kategori utama, Bell turut merangkul trofi Artis Komedi Popular.