berita

Isteri Dakwa Dipukul Sampai Patah Kaki & Jari, Afiq Muiz Buat Laporan Polis

December 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas dituduh mencederakan isterinya, Pachara Apin, pelakon Afiq Muiz tampil mempertahankan diri dengan membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan: Bengang Afiq Muiz Dituduh Kaki Pukul, Aishah Azman ‘Spill Tea’ Perangai Kakak Ipar – ‘Curang Dengan Suami, Minum Arak, Pergi Club’

Bawa ke muka pengadilan

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Afiq menegaskan dia sudah mengambil tindakan undang-undang, pada Rabu.

Kata aktor berumur 30 tahun ini, dia ingin membersikan nama dan imej yang sudah tercalar gara-gara fitnah yang dilemparkan oleh Pachara.

Assalamualaikum, laporan polis sudah dibuat. Tunggu tindakan seterusnya dari peguam kami atas fitnah-fitnah yang telah dilemparkan.

Tengah putar cerita

Sementara itu, adik kepada Muiz iaitu Aishah Azman dilihat memuat naik lagi hantaran tentang kakak iparnya di Instagram Stories.

Dakwa Aishah, 26, abangnya sama sekali tidak memukul sebaliknya Pachara yang mencederakan diri sendiri.

Sebelum ini, Pachara mendakwa Afiq ada mengasarinya sehingga membuatkan kaki serta jarinya patah.

Sekadar info, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2019.

Sumber: Instagram @muhamadafiqmuiz & @aishahazman8

SKIP THIS AD ×