berita

Isteri Dalam Pantang, Suami Kantoi Curang..Rupanya Penyondol Selalu Datang Rumah

August 2nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

suami curang

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti mengimpikan hubungan yang bahagia dan berkekalan hingga selama-lamanya. Namun, tidak semua orang diberi peluang mengecapi kebahagiaan seperti yang diidamkan.

Artikel Berkaitan: Kes Curang Rendy Kjaerneet! Landy Nayoan Failkan Penceraian, Tuntut Hak Penjagaan Anak

Artikel Berkaitan: 13 Tahun Jaga Aib, Isteri Dedah Suami Jual Kereta & Lari Dengan ‘Penyondol’..Rupanya Dah 4 Kali Curang!

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa sedih dan terkilan diceraikan si suami kerana lelaki itu berlaku curang ketika dirinya dalam tempoh berpantang.

Suami curang, tak nak tunjuk bukti

suami curang

Kisah tersebut diceritakan seorang wanita sebelum ianya dikongsikan semula di aplikasi Twitter. Wanita memaklumkan bahawa dia telah diceraikan ketika dirinya hamil tiga bulan selepas si suami kantoi berlaku curang.

Bila saya nak periksa telefon dia, dia tak bagi dan kami bergaduh besar sampai dia lagi sanggup ceraikan saya dari tunjuk bukti yang dia tak curang. Lepas tu, selama tempoh iddah saya cuba perbaiki diri saya untuk bersama balik dengan bekas suami. Hari-hari merayu untuk bagi peluang demi anak-anak, saya mengaku salah saya terlalu overthinking.

Sampai sehari sebelum beranak, dia lafaz nak rujuk dan kami dah bersetuju nak bersama balik tapi waktu saya tengah berpantang kantoi rupanya selama ni dia curang dengan saya. Perempuan tu chat dan tunjuk semua bukti, siap pernah masuk rumah saya banyak kali berdua dalam rumah.

Suami tak berubah, isteri kena cerai

suami curang

Dia kemudian berbincang dengan suaminya itu tersebut dan si suami meminta maaf selain berjanji untuk berubah. Wanita ini yang sayang akan keluarganya nekad untuk memberi peluang kedua kepada si suami.

Bila dah bagi peluang, dia macam terlalu selesa tak ada usaha nak menangkan hati saya langsung lepas kantoi dia curang. Sampai saya yang kena cakap perubahan yang saya nak dia buat sampaikan saya jadi marah dan selalu maki-maki dia sebab dengan skandal dia layan lebih dari dia layan saya.

Tapi bila saya, saya pula kena minta untuk dia layan saya macam mana dia layan skandal dia. Sampaikan saya mental saya cakap ceraikan saya kalau dia tak nak berubah sendiri untuk saya. Raya ketiga dia ceraikan saya, sekali lagi. Alasan dia saya yang paksa dia ceraikan saya.

Susulan apa yang berlaku dalam perkahwinannya sebelum ini, wanita ini akui sukar untuk dirinya bangkit semula dan meneruskan kehidupan bersama dua orang anaknya.

Sumber: TwtWedding

SKIP THIS AD ×