Tak dapat digambarkan betapa remuknya hati seorang isteri apabila mengetahui suami tersayang mempunyai hubungan dengan perempuan lain dibelakangnya.
…
Menerusi perkongsian di Facebook, seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan tindakan suaminya yang tergamak melarikan diri ke Kuala Lumpur bersama wanita yang baru dikenalinya selama tiga bulan.
Ya Allah hancur hatiku sebagai seorang isteri tengok awak bergambr dengan perempuan lain. Suami ku, aaku 24 jam cari kau tidak tidur dan tidak makan kerana risaukan kau rupanya kau lari dengan perempuan lain pergi KL.
Kau bawa duit semua, 1 sen pun kau tak tinggalkan untuk isteri mu. Sampai kau jual kereta isteri mu duit keringat isteri mu selama ini semata-mata belikan kau kereta.
Lebih mengejutkan apabila wanita ini mendakwa pernah berkali-kali memberi peluang kepada suaminya, namun disia-siakan dan tetap memilih untuk curang sebanyak empat kali.
Apa lagi kurangnya aku dengan kau. Aib mu aku sorok selama 13tahun kita kahwin. Aku bekerja keras cari duit selama ini dan tolong kau cari duit berniaga dari pagi sampai malam, kau tak bekerja.
Empat kali kau curang, aku masih terima kau sebagai suami lagi. Aku tetap bertahan sebagai isteri, apa lagi kurangnya aku.
…
Wanita ini merayu dengan meminta agar suamiya melepaskan dirinya secara baik sekiranya dia mahu bersama mana-mana perempuan yang diiingi, namun haruslah berjumpa dan berbincang secara bersemuka.
Kau tipu aku bulat-bulat, kau bawa lari semua duit. Kau berhutang keliling pinggang tanpa pengetahuan aku. Kau jual nama aku cakap aku yang pinjam duit rupanya kau berfoya-foya dengan perempuan lain.
Menerusi perkongsian lain, wanita ini menjelaskan dirinya tiada niat untuk menyebarkan aib suaminya, namun terpaksa berbuat demikian kerana tidak dapat menahan kekecewaan setelah sekian lama memberi kepercayan sepenuhnya kepada si suami.
Sumber: Facebook