berita

Isteri Dedah Hajat & Permintaan Saleem Sebelum Meninggal Dunia

October 16th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Pemergian penyanyi otai, Saleem sememangnya dirasai peminat dan memberi impak kepada industri hiburan tanah air. Semuanya bermula apabila Allahyarham terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 21 September lalu. Kemalangan itu telah menyebabkan tulang rusuknya patah serta beliau berada di dalam keadaan koma.

Isteri, Julia Bachok tidak menyangka suaminya pergi meninggalkannya dengan masa yang agak cepat.

Ingin buat konsert jelajah

Isteri, Julia Bachok bersama Allahyarham Saleem

Isteri kepada Allahyarham Saleem, Julia Bachok berkata dia akan sentiasa ingat pesanan akhir suaminya sebelum meninggal dunia.

Sebelum ini di hospital dia sentiasa senyum, malah, menunjukkan isyarat bagus seolah-olah mahu memberitahu kepada semua dirinya dalam keadaan baik.

Masa dibenarkan pulang, dia beritahu teringin sangat nak jejak rumahnya.

Namun sebelum keadaan kesihatannya bertambah teruk dan sukar untuk bercakap dia ada pesan kepada saya supaya menjaga anak-anak.

Malah dia sempat memberitahu hajatnya untuk membuat konsert jelajah di Indonesia kerana ramai peminatnya di sana yang menantikannya.

Tapi dia pergi terlalu awal, tidak sempat untuk semua itu.

Saleem menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia waktu dalam keadaan koma pada pukul 6.15 pagi Ahad.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×