berita

Isteri Dituduh Guna Bomoh Pikat Hati, Respon Izzue Islam Ini Tarik Perhatian!

April 17th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, bekas anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam dilihat mula menerpa nama apabila menceburi bidang lakonan. Lakonannya yang ‘menjadi’ dengan rupa paras yang kacak menjadikan Izzue diminati ramai.

Namun, lain pula jadinya apabila isteri, Awin Nurin, menerima Direct Message (DM) daripada peminat fanatik Izzue Islam yang menuduh Awin menggunakan bomoh demi memikat suami. Alahai..

Tak sesuai langsung

Mungkin berasa tersinggung dengan tuduhan yang dibuat, Awin memuat naik screenshot DM dengan kapsyen #untiltomorrow dan emoji sedih.  Di ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat buat isteri merangkap pengurus Izzue Islam ini.

Dirimu tercipta untuk temani aku – Izzue Islam

Tampil beri kata-kata semangat, Izzue Islam tidak ketinggalan meninggalkan pesanan romantis buat isteri. Biarlah apa yang dikatakan orang, mereka berdua saling menyayangi antara satu sama lain.

Sumber : Awin Nurin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×