

Pelakon berpengalaman, Edika Yusof kekal tenang meskipun isterinya Nor Hidayah Yusri sudah memfailkan tuntutan cerai terhadapnya pada Februari lalu.
Artikel Berkaitan: Isteri Edika Yusof Fail Cerai, Akui Sudah Tidak Tinggal Sebumbung – ‘Tak Perlulah Saya Kongsikan Dari Bila’
‘Nothing serius’

Memetik laporan Harian Metro, Edika bagaimanapun tidak menolak tindakan isterinya itu mungkin berpunca daripada tidak sekufu.
Dalam masa yang sama, pelakon drama ‘Cinta Non Grata’ itu menyifatkan tiada apa yang serius berlaku.
InsyaAllah nanti saya update, ‘nothing serious’.
InsyaAllah kami cuba bincang.
Mungkin tidak sekufu, bagi pihak dia, terima kasih.
Terdahulu, Hidayah mengejutkan ramai apabila hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi sebutan pertama pada Isnin.
Menurut peguam syarie yang mewakili Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim, anak guamnya itu telah membuat pemfailan tuntutan cerai kepada defendan (Edika) pada pertengahan Februari lalu.
Terdahulu, dilaporkan rumah tangga 22 tahun Edika dan Nor Hidayah kini di ambang perpisahan apabila wanita itu difahamkan sudah memfailkan perceraian pada pertengahan Februari lalu.
Ketika ditanya apakah faktor Hidayah memfailkan perceraian, Yazid tidak berkongsi secara terperinci namun memaklumkan tiada sefahaman menjadi faktor utama plaintif mahu berpisah.
Terdahulu, kisah pengorbanan Edika yang setia menjaga Hidayah yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka sejak 16 tahun lalu telah meraih perhatian ramai.
Untuk rekod, Edika dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Sumber: Harian Metro








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)