
Isteri kepada pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril akui tidak mudah untuk mempertahankan rumah tangga yang dicampur tangan oleh pihak yang tidak disebutkan.
Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Retak, Isteri Faisal Halim Didakwa Fail Cerai?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Faisal Halim ‘Pujuk’ Pemain Cilik, Selit Kata Semangat – ‘Kalau Kita Nak Berjaya, Kena Kuat’
Bukan kali pertama diceraikan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Nur Syazwani menyatakan bahawa segala keputusan yang dibuat hari ini adalah berdasarkan kehidupan yang dilaluinya.
Dakwanya, ini bukan kali pertama dirinya diceraikan oleh suaminya, Faisal Halim.
Tindakan saya hari ini berdasarkan apa yang saya lalui dan kehidupan saya sendiri.
Saya yang lebih tahu kehidupan saya.
Saya telah berkorban seluruh jiwa saya untuk keluarga.
Dari susah sehingga berjaya, dari tidak dikenali kepada seorang yang dipuji, dari sakit sehingga sihat dan kembali ke tahap terbaik.
Bukan mudah untuk saya. Malah ini bukan kali pertama, saya pernah diceraikan sebelum ini.
Campur tangan dalam rumah tangga

Berkongsi lebih lanjut, Nur Syazwani akui telah sedaya upaya mempertahankan rumah tangga yang dibina selama enam tahun bersama.
Tambahnya lagi, terlalu banyak campur tangan dalam isu rumah tangganya sehingga mendakwa dirinya dipulangkan kepada ibunya.
Saya cuba pertahankan tapi terlalu banyak campur tangan dan onak dalam kehidupan saya.
Tindakan saya hari ini bukan satu keputusan yang senang dibuat.
Saya telah berusaha namun mungkin ini jalan yang terbaik.
Ibu saya disuruh untuk mengambil saya, saya telah dipulangkan kepada ibu saya.
Walaupun berat hati, saya ikutkan kehendak dia.
Untuk rekod, Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey mendirikan rumah tangga bersama Nur Syazwani pada 9 Mac 2019.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Khalish Aryan.
Sumber: Instagram @nrsyxzwnyy








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)