
Hantaran yang dimuat naik oleh isteri kepada pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Fikry Ibrahim Nafi Rumah Tangga Bergolak, Isteri Datang Mahkamah Tarik Kes
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Punca Cerai Tiada Persefahaman, Isteri Cari Ruang Berdamai Dengan Fikry Ibrahim
Berpegangan tangan
Menerusi hantaran di Instagram, Siti Khalizah berkongsi foto berpegangan tangan sejurus selepas Fikry selesai mengendalikan program Melodi pada malam Khamis.
Terima kasih yang mendoakan kebahagiaan kami.
Meskipun hanya menulis kapsyen ringkas, namun hantaran tersebut seolah-olah menggambarkan bahawa perhubungan mereka berada di dalam keadaan yang baik.
Doa netizen

Menjengah ke ruangan komen, pasangan tersebut dihujani dengan doa dan kata-kata positif daripada warganet.
Dalam masa yang sama mereka juga berharap agar Fikry dan Siti Khalizah dapat mempertahankan ikatan suci itu daripada sebarang konflik.
Kalau boleh berbincang, berbincanglah baik-baik tak payah sampai bercerai. Masih di dalam fasa baru rumah tangga.
Ramai mendoakan yang baik-baik. InsyaAllah apa juga kesulitan, jangan terburu-buru buat keputusan, ambil masa dan bertenang.
Lain kali fikir panjang. Jangan buat tindakan mengikut nafsu, jadi matang insyaAllah semuanya akan bahagia.
Ada ujian itu adatlah dalam rumah tangga.
Terdahulu, Fikr menafikan rumah tangganya sedang bergolak sekali gus menjadi punca isterinya bertindak memfailkan cerai terhadapnya pada Mei lalu.
Sebelum itu, Siti Khalizah hadir untuk prosiding pertama kes perceraian namun mahkamah terpaksa menetapkan satu tarikh baharu iaitu pada 10 September susulan ketidakhadiran Fikry.
Pasangan itu selamat bernikah pada 12 Januari lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Kedah dan ini merupakan perkahwinan kedua untuk Siti Khalizah.
Sumber: IG Siti Khalizah








