berita

Isteri Finalis Imam Muda Buka Mulut, Bekas Suami Mahu Ambil Anak-Anak Sekiranya…

August 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Finalis program Imam Muda, Syed Mohd Faris Syed Roslan didakwa telah menceraikan isteri pertamanya, Nur Hidayu Rosly selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu.

Artikel berkaitan: Isteri Finalis Imam Muda Buka Mulut, Dakwa Diceraikan Selepas Suami Nikah Lain

Kisah rumah tangga pasangan tersebut masih menjadi bualan hangat kerana Imam Muda tersebut didakwa tidak memberi nafkah yang mencukupi dan bakal mengambil lima cahaya mata mereka sekiranya bekas isteri mempunyai hasrat untuk berkahwin lain.

Mengetahui gerak geri

Menurut dakwaan Nur Hidayu Rosly,  bekas suami menggunakan aplikasi pengesan untuk mengetahui gerak gerinya. Malah, bekas suaminya itu turut memberitahu teman rapatnya, tiada siapa sanggup mengahwini ‘janda’ anak lima sepertinya.

Bekas suami membuat pengakuan mahu berkahwin lain selepas saya pulang menunaikan umrah, tiga tahun lalu. Saya reda sekiranya hidup bermadu, tetapi saya tahu sejauh mana kemampuannya menanggung dua keluarga. Saya juga merahsiakan kepincangan rumah tangga walaupun daripada pengetahuan ibu sendiri. Masalah rumah tangga, buat apa hendak cerita kepada orang.

Syed Faris ada berjumpa ibu dan membuat pengetahuan sudah berkahwin lain. Mendengarnya, ibu tidak bersetuju hasrat saya untuk mempertahankan rumah tangga. Ibu tidak mahu saya terus menderita, jadi tiada gunanya terus mempertahankannya. Ia menimbulkan konflik antara saya dan ibu. Hingga ibu mengeluarkan kata sanggup keluar ikut pintu belakang sekiranya saya datang ke rumahnya. Apabila fikir kembali, daripada hilang ibu, saya lebih rela hilang suami. Ibu tiada pengganti dalam dunia ini.

Mengulas mengenai kisah pergolakan rumah tangga mereka, Hidayu turut memberitahu pada awalnya dia merahsiakan segala masalah daripada keluarga. Namun, bekas suami telah berjumpa dengan ibunya dan meluahkan hasrat untuk berkahwin lain. Tambahnya, ibunya tidak mahu melihat dirinya dan anak-anak derita. Oleh itu, Hidayu memilih keluarga daripada terus mempertahankan rumah tangganya.

Hampir terputus bekalan makanan

Bekas suami mendakwa mampu berkahwin lebih satu, sedangkan nafkah saya dan anak-anak pun diabaikan. Mulanya kami membuat surat perjanjian supaya perkara ini tidak dibawa ke mahkamah kerana bekas suami baru mendapat pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Lagipun, ramai orang mengenalinya sekitar Puchong. Jadi, dia malu sekiranya kisahnya tersebar.

Sebagai isterinya ketika itu, saya setuju mahu menutup aibnya. Tetapi, tiada guna saya mempertahankannya apabila dia menghalau saya daripada rumah ketika tempoh PKP. Saya hidup susah senang dengannya selama 13 tahun. Tiada apa yang boleh dikenang lagi. Saya setia dengannya selama ini. Jika ikutkan, kami memiliki sembilan cahaya mata, bagaimanapun empat kali mengalami keguguran. Jadi, saya terlalu kecewa.

Anak keempat dan kelima masih menyusu. Kos membeli susu sahaja sudah berapa? Dengan wang nafkah sebanyak RM300 tentunya tidak mencukupi. Bekas suami ada menambah dengan memberikan RM500, bermaksud setiap anak mendapat RM100. Mungkin bekas suami ingat jumlah RM500 banyak hingga minta saya menyenaraikan keperluan dibeli dengan wang yang diberikan. Bagi mengelak membayar nafkah dengan jumlah banyak, bekas suami mahu mengambil dua anak yang masih kecil.

Demi menutup pergolakan yang berlaku, bekas suami turut memintanya menandatangani perjanjian hitam putih yang tidak mendedahkan apa yang berlaku. Bagaimanapun, sikap bekas suami menyebabkan dia tidak sanggup menyembunyikan apa yang berlaku. Ujarnya lagi, anak-anak hampir terputus bekalan makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Naik penerbangan yang tidak sama

Sekadar gambar hiasan

Mengenai perkahwinan kedua bekas suami, Hidayu mendakwa suaminya tidak memberitahu mengenai perkahwinan tersebut hampir setahun.

Saya kenal isteri baharunya itu. Dia pernah datang menumpang tidur di rumah kami. Saya mengenali wanita berkenaan ketika menyertai misi dakwah di Sibu, Sarawak pada November 2018 yang turut disertai bekas suami selama seminggu.

Dalam penerbangan pulang, saya pelik wanita berkenaan menaiki pesawat sama dengan suami, sedangkan saya penerbangan lain. Dari situ, saya rasa seperti ada yang tidak kena. Paling menyedihkan, bekas suami pernah menghantar makanan, tetapi diletakkan dalam kotak atas tempat letak kasut.

Sebelum ini, Hidayu telah membuat pendedahan selepas Syed Faris menceraikannya dan berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu. Mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×