Suami kepada pempengaruh Indonesia, Julia Prastini (Jule) iaitu Na Daehoon, akhirnya tampil bersuara selepas timbul dakwaan yang mengaitkan kecurangan isterinya dengan seorang atlet tinju.

Artikel Berkaitan: Pempengaruh Berstatus Isteri Orang Kantoi Curang, Foto & Video Mesra Dengan Skandal Tersebar?

‘Terima kasih banyak untuk semua’

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Daehoon meluahkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang menunjukkan keprihatinan dan memberi sokongan moral terhadap dirinya sepanjang melalui detik sukar ini.

Terima kasih banyak untuk semua yang sudah bimbang dan menyokong saya.

Saya sungguh merasa bersyukur dikelilingi orang-orang baik seperti kalian.

Dalam masa sama, Daehoon turut memohon maaf kepada sekiranya masalah peribadinya telah menimbulkan rasa sedih dan bimbang dalam kalangan pengikut.

Saya juga minta maaf sebesar-besarnya, kerana masalah peribadi saya membuat banyak orang ikut sedih dan risau.

Walaupun berdepan ujian, Daehoon berkata dia kini berada dalam keadaan baik dan kuat demi anak-anaknya.

Alhamdulillah, saya kuat dan baik-baik saja. Selama ada tiga malaikat kecil di sisi saya, saya tahu saya mampu melalui apa pun.

Setiap kata dan sokongan dari kalian benar-benar memberi saya semangat besar.

Minta jangan beritahu anak-anak

Namun, dia memohon agar semua pihak menjaga perasaan anak-anaknya daripada mengetahui apa yang sedang berlaku.

Tapi saya mohon satu hal saja, tolong jaga anak-anak saya agar mereka tidak tahu apa yang sedang terjadi.

Sejak awal saya menjadi seorang influencer, tujuan saya selalu ingin memberikan hal-hal yang positif kepada kalian.

Susulan daripada apa yang berlaku, Daehoon memaklumkan akan mengambil masa untuk berehat dan menenangkan diri sebelum kembali aktif seperti biasa.

Jadi, saya akan mengambil sedikit waktu untuk menenangkan diri, dan akan kembali lagi dengan senyum seperti biasanya.

Sebelum ini, tular beberapa foto dan video mesra yang didakwa mirip Jule dengan seorang jejaka. Lebih mengejutkan apabila turut tersebar aksi pasangan ini berciuman dan meluangkan masa bersama di sebuah bilik.

Menerusi tinjauan OhBulan!, Jule kini dilaporkan telah menutup ruangan komen akaun media sosialnya susulan namanya menjadi topik hangat netizen selepas didakwa berlaku curang meskipun masih berstatus isteri orang.

Sekadar rekod, Jule dan Daehoon mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 2021 selepas sembilan bulan menjalinkan hubungan serius. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: IG Na Daehoon